Di bawah ini dikongsikan 15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Malaysia Yang Masih Diamalkan.
1. Jika rama-rama masuk ke dalam rumah, itu petanda ada orang jauh yang akan singgah ke rumah.
2. Jika ada bunyi anjing menyalak untuk tempoh yang lama di tengah
malam, kebanyakkan orang Malaysia percaya ada kehadiran makhluk halus
yang sedang berkeliaran.
3. Manakala bunyi suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam dikatakan petanda bakal berlaku musibah.
4. Jika keadaan langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu
petanda seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya. Ini
merupakan kepercayaan masyarakat zaman kesultanan Melayu.
5. Bila katak berbunyi pula, dikatakan sedang memanggil hujan. Jadi
setiap kali katak berbunyi, orang akan percaya bahawa hari akan hujan.
6. Malah jika katak berbunyi bersahut-sahutan, dipercayai itu adalah petanda bakal berlaku ribut atau puting beliung.
7. Kehadiran banyak kelkatu yang menghurungi cahaya lampu pula dipercayai petanda akan berlakunya banjir.
8. Sekiranya ada seekor kucing membersihkan muka di hadapan pintu
rumah, orang dulu-dulu mengatakan itu petanda ada tetamu yang cantik dan
pembersih akan berkunjung.
9. Jika ada burung yang tersesat dan terbang masuk ke dalam rumah
dikatakan petanda tuan rumah akan mendapat rezeki dan juga kunjungan
tetamu ke rumah.
10. Sebaliknya jika ada kumbang atau ‘belalang pelesit’ yang
tiba-tiba masuk ke dalam rumah, ia dianggap sebagai petanda benda mistik
yang tidak elok bertandang.
11. Jika terdengar bunyi cicak ketika seseorang sedang bercakap, itu petanda cicak mengiyakan percakapan kita.
12. Ketika kita sedang berjalan dan secara tiba-tiba ada binatang
melintas di depan itu juga petanda beberapa maksud yang berbeza. Jika
kucing yang melintas di depan bermaksud anda akan bertemu rakan di
sepanjang perjalanan tersebut.
13. Manakala jika biawak pula yang melintas bermaksud anda bakal menanggung beban.
14. Sekiranya anda didatangi serangga tertentu contohnya kala
jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, atau kumbang, jangan
diganggu atau dibunuh. Seeloknya ia dilepaskan di luar rumah kerana
orang dulu- dulu percaya kehadiran makhluk serangga seperti itu terjadi
secara alamiah.
15. Jika ada kupu-kupu mendekati seseorang yang sedang sakit tenat
dipercayai itu petanda kehidupan insan tersebut sudah tidak lama lagi.
Sampai ke hari ini tiada kebenaran kukuh tentang kepercayaan tahyul
yang disenaraikan di atas ini. Kita pun tak sepatutnya mempercayai
sesuatu tanpa bukti. Namun sukar untuk melenyapkan
kepercayaan-kepercayaan sebegini kerana ia diturunkan dari generasi ke
generasi.
No comments:
Post a Comment