Pages

Friday, 12 June 2015

Bomba Nafi Seret Mayat Pendaki Gunung Kinabalu


TINDAKAN tidak bertanggungjawab beberapa individu di Facebook dan beberapa blogger murahan yang memuat naik gambar palsu anggota penyelamat menyeret mayat di dalam operasi SAR telah mencemarkan imej Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Perkara tersebut dilihat sebagai sengaja untuk mengaibkan pasukan penyelamat dan pihak JBPM menafikan sekerasnya gambar palsu tersebut.
Perkara itu disahkan oleh JBPM melalui akaun Facebooknya hari ini sambil menegaskan ia tidak pernah berlaku seperti dalam gambar tersebut yang kini giat dikongsikan di laman sosial.
bomba2“Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus-lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami.
“Tidak berlaku apa yang digambarkan. Gambar berkenaan merujuk kepada seorang anggota penyelamat sedang ‘menyeret’ mangsa gempa bumi tidak berlaku.
“Sebaliknya anggota penyelamat sedang menunggu rakan penyelamat lain untuk mengangkat bersama,” kata agensi kerajaan itu dalam satu pautan gambar di Twitter.
Penyebar-penyebar maklumat palsu ini dilihat seakan mahu ‘meraih’ publisiti sebagai menjadi orang pertama yang memuat naik fakta berkenaan kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini.
Apa-apa pun, janganlah terlalu cepat percaya dengan fakta yang tidak telus. Sebaliknya pastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai.
-MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment