NETIZEN (pengguna media sosial) terutamanya penduduk Sabah telah menyerang laman sosial Facebook milik salah seorang pelancong asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu, baru-baru ini.
Kebanyakan mereka mengutuk perbuatan pelancong asing itu yang bertindak di luar batasan selain tidak menghormati kepercayaan masyarakat setempat.
Pelancong Asing Bogel Di Puncak Kinabalu, Maki Malim Gunung
Menerusi Facebook warganegara Kanada, Emil Kaminski itu juga difahamkan dia dan rakan-rakannya masih lagi berada di Sabah.Menulis, “Anywho, the place is shithole. But I am stuck here for a few more days until the whole ‘naked-on-a-mountain’ thing dies down. Luckily the dumbasess here have no internet and no idea!” (Apa-apa pun tempat ini (Kota Kinabalu) memang menakjubkan! Tapi saya masih lagi ‘terperangkap’ di sini sehingga isu berbogel di atas gunung mulai reda. Nasib baik, mereka-mereka ni (penduduk tempatan) tidak mempunyai internet!)
Menerusi sumber portal My Media Hub, Emil juga dilaporkan sudah membuat tempahan tiket penerbangan Air Asia berlepas dari Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini dan seterusnya menaiki penerbangan antarabangsa ke Taipei pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment