#NAMA Sari Yanti dalam bidang lakonan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.
#Biarpun namanya pernah hilang seketika dari industri seni lantaran
komitmen dalam rumah tangga, namun rata-rata penonton tidak pernah
melupakan kehadiran pelakon bertubuh genit ini di dalam industri
hiburan.
#Bukan sahaja disenangi oleh penerbit dan pengarah, Sari Yanti juga amat disenangi oleh para media.
#Namun entah mengapa, semenjak kes rumah tangganya di bawa ke mahkamah,
pelakon berusia 31 tahun ini dilihat mula memencilkan diri.
#Lebih memburukkan keadaan, Sari Yanti dikhabarkan membatalkan sesi
fotografi pada saat akhir sehingga dikatakan cuba lari daripada media.
#Justeru Zass yang berkesempatan bertemu Sari Yanti baru-baru ini, meminta penjelasannya ekoran isu terbabit.
#“Saya tidak pernah lari daripada pihak media, itu gosip saja. Berkenaan
dengan batal sesi penggambaran itu cuma salah faham. Sebenarnya
beberapa jam sebelum itu saya dah beritahu tidak dapat jalani sesi
fotografi kerana kekangan masa. Bukan batal saat akhir.
#“Untuk pengetahuan, temu janji sesi fotografi itu dibuat oleh Tam (Tam
Suhaimi). Mungkin Tam tak tahu jadual saya hari itu jadi dia bersetuju
sedangkan di pihak saya, tidak sesuai.
#"Saya kejar masa untuk hadiri program lain dan dalam masa sama saya
tumpang kereta kawan. Jadi takkanlah saya nak minta kawan saya tunggu
saya buat penggambaran,” jelasnya.
#Di tebak mengenai kehidupannya kini, Sari Yanti lebih selesa untuk mengunci mulut dan mengakui sudah kembali solo.
#“Ya. Saya solo. Saya tak mahu cakap pasal ni. Saya memang tak suka
hebohkan. Ia tak penting untuk orang lain tahu,” katanya yang mengakui
dua anaknya, Barr al Aliy, 5, dan Basit al Haq, 3, berada di bawah
jagaannya.
#Bagaimanapun saat di tanya mengenai kariernya sekarang, Sari Yanti
berkata, dia telah pun menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Apna
Production Sdn Bhd.
#Antara telefilem yang pernah diterbitkannya bersama rakan industri, Tam
Suhaimi, Farish Aziz dan Intan Ladyana, adalah Pengancam Perkahwinan.
#“Sambutan telefilem itu sangat baik sehinggakan saya menerbitkan telefilem Perangkap Perkahwinan dan Love Is A Fairy Tale pula.
#"Perangkap Perkahwinan dibintangi, Nadhiya Nisaa, Hafizul Kamal, Amy Mastura, Marsha dan saya sendiri,” katanya.
#Dalam pada itu, Sari Yanti kini baru sahaja selesai menjalani
penggambaran drama Mail dan Sudir Sambut Ramadhan bersama Remy Ishak dan
Shuib Sepahtu yang akan bersiaran sepanjang Ramadhan nanti di saluran
Astro, serta telefilem Ramadan Berteduh Syawal arahan Ellie Suriati
Omar.
SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment