Hamba
Seks Bapa Saudara, Hidup Umpama Mayat Hidup – Seorang janda beranak
empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri selama hampir
dua tahun, malah puluhan ribu ringgit
wang
peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya
turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu
dengan ilmu hitam.
Gambar hiasan |
Janda
berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu
dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu
termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan
wang simpanannya.
“Dia
(bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang
bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Hidup
saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu
guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri
selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12
tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu
hitam berkenaan.
No comments:
Post a Comment