NAMA-NAMA PIHAK YANG JATUHKAN P RAMLEE SEHINGGA BELIAU MENINGGAL KERANA SAKIT JANTUNG
Artikel ini adalah bersumberkan daripada FB Ahmad Husni Ahmad Basri dalam postnya
https://www.facebook.com/ahmadhusni.ahmadbasri/posts/10205902075084703?pnref=story
https://www.facebook.com/ahmadhusni.ahmadbasri/posts/10205902075084703?pnref=story
Periuk nasi P.Ramlee ditutup oleh 2 syarikat yg dinaikkan oleh P Ramlee:
1. Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers keluar surat memberhentikan khidmat P.Ramlee atad arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw. Ditulis, “Karya P.Ramlee tak bagus..”
1. Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers keluar surat memberhentikan khidmat P.Ramlee atad arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw. Ditulis, “Karya P.Ramlee tak bagus..”
2.
EMI menamatkan kontrak P.Ramlee, Mrs Devan berkata “Lagu P.Ramlee dah
tak laku.. orang tak beli”. EMI Malaysia juga kata kontrak P Ramlee sdalah dgn EMI Singapura.
Harus
diingat, P.Ramlee pulang ke Malaysia apabila Shaw Brothers yang suruh
apabila pekerja Studio Jalan Ampas yg dibayar gaji amat rendah membentuk
Union pekerja Melayu dan membuat banyak protes. Lee Kuan Yew arah Shaw
Brothers ditutup utk sekat union itu. Apa tujuan LKY?
EMI
pula seolah tidak lagi kenang jasa P.Ramlee. Seniman Agung ini telah
memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada EMI hasil dari lratusan
lagu dan album P.Ramlee, Saloma dll… Kenapa perlu buang terus P.Ramlee?
Ikon terbesar industri musik semasa itu? Bukankah kompilasi lagu
P.Ramlee dan hasil lirik setta lagu P.Ramlee masih popular?
Itu
lah dua punca dari bidang lakonan dan lagu yang telah jatuhkan karier
P.Ramlee. Ianya satu bentuk pengkhianatan. P.Ramlee adalah seorang
pejuang seni yang berjuang memartabatkan budaya Melayu dalam filem dan
lagu Melayu fu dalam nyanyian.
Tak
cukup dengan itu, wartawan tempatan juga kerap memperlekeh usaha
P.Ramlee pada ketika irama Pop Yeh Yeh, Blues, Rock dan Pop sedang
meresap ke dalam jiwa anak bangsa. P.Ramlee terpaksa memboikot media yg
sering memutarbelit kenyataan nya.
Karyawan pula ramai dengki dan merasakan mereka lebih baik. Apabila P Ramlee tubuhkan
PERFIMA bersama HM Shah.. Dan turut disertai Jaafar Abdullah, Jins
Shamsuddin dan Salleh Ghani.. Maka BOD putuskan bahawa P.Ramlee tak
bagus sebagai pengarah filem kerana ‘tiada kelayakan skademik’.. Mska
Jins Shamsuddin yg dilantik jadi Pengarah Filem kerana dia baru balik
dengan sijil pengarahan filem dari London. Maka P.Ramlee dan HM Shah
keluar dari PERFIMA pada Februari 1973. Segala usaha P.Ramlee disabotaj.
3 bulan selepad itu, P.Ramlee menjadi bertambah stress apabila menerima
saman mahkamah. Beliau menjadi penjamin/guarantor kepada deorang kawan
untuk satu pinjaman. ‘Kawan’ ini lesap, P.Ramlee berhadapan tindakan
majkamah yg boleh menjatuh hukum bankraosi sedang P.Ramlee tidak ada
wang untuk tebus diri. Beliau mengalami kemurungan dan kekecewaan yang
amat sangat. Sedang Nasir P.Ramlee pula kawin di usia 19 dan keluar
rumah. p.Ramlee kecewa dan marah kerana tidak bersetuju dengan
perkahwinan itu.. Beliau menjadi tidak terurus, tak bercukur sehingga
hari tragik itu.. Sedih.. Kecewa.. Stress hampir maksima.
Seminggu
selepas menerima surat saman itu P.Ramlee meninggal dunia menjelang
subuh 29 Mei, 1973 akibat serangan jantung. Sblm nya beliau mengadu
sakit dada dan dalam kesakitan sempat berpesan kepada Sazali.. ” Jaga Mama baik-baik walau apapun yang terjadi…”
No comments:
Post a Comment