****Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People
hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki
United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,
tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam bumi dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
#Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah
mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang
gua’ ini.
“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.
Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai
Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau
berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan
mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu
bahasa English”.
“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai
laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.
“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh
berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini
mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa
jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan
anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.
“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin
berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah
tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia –
dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua
kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke
10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan
mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan
seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan
panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di
antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap
di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai
sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak
ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum
Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”.
“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir
menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan
hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi –
pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati
buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus
berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka
sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA
amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya
mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan
yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan
manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek
moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata
terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi
apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki
baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah
makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup
bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk
meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka
Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu.
Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House
menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan.
Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang
terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu
dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri
nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang
percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah
tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke
dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta,
gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat
daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita
tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah
dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun
lawan masih tidak diketahui.
Persoalannya..
Mengikut apa yang saya baca, NASA telah menjumpai makhluk bawah tanah, point yang agak kurang jelas saya listkan dibawah…
mereka berkomunikasi dengan makhluk tu tanpa dicederakan, makhluk tu juga tak tahu bahasa Inggeris..
seorang ekspedisi menyalakan rokok, dan makhkuk tu terasa diancam dan menerkam sehingga jatuh rokok dan orang tu..
mereka memberi buah anggur kepada makhluk tu dan mereka suka..
tinggi makhluk tu adalah kira-kira 10 kaki bersamaan hampir 300 cm, dua kali ganda manusia normal..
rasa hairan juga kerana dorang boleh berkomunikasi dengan
makhluk yang tingginya memang sangat tinggi dan mana mungkin makhluk
yang sebesar itu mampu bercakap dan seakan jinak dengan manusia. Cuba
kita bayangkan makhluk yang kita tak pernah kenal dan dia pun tak kenal
kita, berasa tak terancam dengan tindakan NASA.
Mereka dikatakan telah mengorek lubang bawah tanah untuk
satu projek yang dinamakan sebagai ‘Operation Mole Hole’, mereka telah
berjumpa dengan makhluk itu di bawah tanah yang agak dalam di
Washington. Sedangkan jika kita menebang pokok yang didiami binatang,
pasti binatang itu akan lari dan mengganas, bagaimana makhluk yang
dikatakan NASA boleh berkomunikasi dengan baik tanpa mencederakan
mereka.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya
dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai
Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’.
Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami
memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun
menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia
melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia
mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu
boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata
Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya
dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila
sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu
menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu
yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga
apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua
bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka
berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah
kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding
antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku
terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan
(manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan
mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak)
gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila
besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah
aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa
(pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat
dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan
menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat
92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam
rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok
bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada
manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia
terlalu hampir dengan kiamat..
Kita tidak pernah menyangkal akan kewujudan yakjuj dan
Makjuj yang telah dinyatakan dalam Al Quran, namun benarkah makhluk yang
dijumpai NASA itu benar2 wujud, saya memang tidak dapat percaya 100%
akan berita yang dikeluarkan puak kafir.. hanya Allah swt sahaja yang
mengetahui berita sebenar disebalik dakwaan Amerika, adakah hanya mainan
mereka untuk memporak perandakan umat manusia atau satu berita yang
benar.. wallahu a’lam..
No comments:
Post a Comment