TAIPING: “Saya tak
sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk
tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah,” kata rakan Suhaimi
Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir
ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.
Rakan mangsa yang hanya
mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20
pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika
mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin
pengisar berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.
Sejurus bergegas ke
situ, Ahmad mendapati empat pekerja warga Nepal sedang mengerumuni mesin
pengisar itu yang berfungsi mengasingkan tandan dan buah kelapa sawit
sambil memberitahu mangsa terperosok di dalamnya.
“Ketika itu baru saya
sedar Suhaimi sudah tidak bernyawa serta bermandi darah di dalam mesin
berkenaan. Saya pelik bagaimana kejadian itu boleh berlaku kerana
biasanya suis mesin akan ditutup ketika kerja mencuci dilakukan,”
katanya.
No comments:
Post a Comment