Pages

Saturday, 26 April 2014

TRAGIS : Kasih Sayang Ayah Yang Tiada Tolok Bandingnya



Begitulah kasihnya seorang ayah kepada anaknya, seorang ayah sanggup mengorbankan dirinya sendiri bagi menyelamatkan anak tersayang. Ia merupakan satu kisah tragis yang berlaku kepada Hsiung Kuo, 71 tahun.

Berdasarkan maklumat dia bersama anaknya, Yong sedang menunggang motosikal apabila sebuah lori merempuh motosikal yang mereka naiki.

Meskipun tayar lori itu telah melanggar kakinya, dia sanggup berkorban menahan kesakitan dan menolak anaknya daripada turut dilanggar kenderaan berkenaan.

Akan tetapi selepas tayar belakang menggilis dadanya, Kuo akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Imej yang cuckup menyayat hati itu telah dirakamkan hanya beberapa saat semasa kejadian .

Ketika pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian, Kuo sudahpun meninggal dunia manakala Yong pula terpaksa ditenteramkan kerana terkejut dengan kejadian berkenaan.

Pemandu lori itu pula telah melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap . Begitulah kasihnya seorang ayah kepada anaknya . 

Oleh itu selagi kita mempunyai kedua orang tua , jagalah ia sebagaimana dia menjaga kita dari bayi hingga dewasa . 

No comments:

Post a Comment