Begitulah kasihnya
seorang ayah kepada anaknya, seorang ayah sanggup mengorbankan dirinya
sendiri bagi menyelamatkan anak tersayang. Ia merupakan satu kisah
tragis yang berlaku kepada Hsiung Kuo, 71 tahun.
Berdasarkan maklumat dia
bersama anaknya, Yong sedang menunggang motosikal apabila sebuah lori
merempuh motosikal yang mereka naiki.
Meskipun tayar lori itu
telah melanggar kakinya, dia sanggup berkorban menahan kesakitan dan
menolak anaknya daripada turut dilanggar kenderaan berkenaan.
Akan tetapi selepas tayar belakang menggilis dadanya, Kuo akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.
Imej yang cuckup menyayat hati itu telah dirakamkan hanya beberapa saat semasa kejadian .
Ketika pasukan
keselamatan tiba di tempat kejadian, Kuo sudahpun meninggal dunia
manakala Yong pula terpaksa ditenteramkan kerana terkejut dengan
kejadian berkenaan.
Pemandu lori itu pula telah melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap . Begitulah kasihnya seorang ayah kepada anaknya .
Oleh itu selagi kita mempunyai kedua orang tua , jagalah ia sebagaimana dia menjaga kita dari bayi hingga dewasa .