Shaanxi: Seoarang wanita telah disedari orang sekitar ketika cubaan bunuh diri di atas menara keselamatan Hanzhong. Dilaporkan dia mempunyai hutang lebih dari sejuta Yuan China dan dia fikir dengan bunuh diri sahaja dapat menyelesaikan masalah hutangnya.
Ketika polis cuba untuk bercakap dengannya di atas atap menara berkenaan, orang ramai mula berkumpul di bawah bagi menyaksikan drama cemas itu termasuklah pelajar-pelajar sekolah rendah yang kebetulannya baru habis waktu kelas.
Yang mengejutkan adalah pelajar-pelajar sekolah rendah menjeri "Terjun! Cepat Terjun untuk Kami!. lagi tambah mereka, "Ini sesuatu yang menyeronokkan!". Bagaimanapun wanita selamat setelah polis berjaya menariknya dari tebing menara itu. -SiakapKeli.com
No comments:
Post a Comment