Penyepit dikatakan masih dalam mulut Li Kaiyi apabila dia tersandung dan jatuh ke hadapan, menyebabkan penyepit tersebut tertusuk tembus dari lelangit mulut hingga ke dalam otak.
Kanak-kanak 18 bulan berada di rumah seorang temannya di Yueyang di Hunan Province, China apabila kemalangan ini berlaku.
Selepas makan malam, Li sedang bermain dengan rakan-rakannya apabila dia tersandung dan dikejarkan ke hospital di mana pasukan perubatan melakukan pembedahan kecemasan untuk membuang penyepit itu.
Pakar Bedah Liu Jinfang berkata: 'penyepit itu telah tertusuk sedalam 2cm ke dalam tisu otak, dan beliau amat bernasib baik kerana penyepit itu tidak mencederakan batang otak atau saraf utama.'
Kanak-kanak itu dijangka akan berada lama di hospital untuk pemulihan penuh.
No comments:
Post a Comment