Pages

Thursday, 17 July 2014

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin | Kisah seram ini adalah kisah benar yang di alami oleh diri jururawat berkenaan yang dah lama bekerja di wad bersalin tersebut. Jom teruskan membaca kisah seram yang penuh misteri ini. Kepada yang bekerja di wad bersalin aku harapkan korang baca pada siang hari.
koridor-hospital-seram
Assalamualaikum admin ni lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman. Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.
Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.
Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..
Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…
Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.
Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…
Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.
Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..
Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.
Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..
Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye..

No comments:

Post a Comment