Ternyata sebagaimana dijangka, ini cumalah dakyah palsu yang disebarkan untuk memburukkan butik ini di saat jenama Fareeda sedang menjadi sebutan.
Menurut pembantu butik yang menjawab panggilan, mereka di Fareeda sendiri terkejut apabila mengetahui penyebaran berita palsu ini.
“Manalah ada kedai yang minta pelanggan tunjukkan slip gaji? Begitu juga Butik Fareeda Exclusive. Cuma tak dinafikan kami meminta pelanggan membuat temu janji terlebih dahulu sebelum datang,” jelas pembantu butik tersebut.
Pelanggan diminta membuat temu janji kerana Butik Fareeda Exclusive hanya menerima empat pelanggan dalam masa satu jam bagi memudahkan pelanggan dibantu ketika memilih tudung.
Dari segi harga, tudung di Fareeda Exclusive mahal sedikit daripada butik biasa memandangkan ia menggunakan fabrik berbeza.
Jika harga tudung di butik Fareeda biasa sekitar RM150 ke atas, tudung di Fareeda Exclusive bermula RM200 ke atas memandangkan fabrik digunakan adalah sutera Itali berbanding material Fareeda biasa iaitu sifon.
Butik Fareeda Exclusive yang terletak di Bangi dibuka setiap hari kecuali Jumaat.
Bagaimanapun minggu ini ia ditutup pada Sabtu dan Ahad bagi menghormati Ramadan.
Via-Mynewshub
No comments:
Post a Comment