Adoi Parah... Pengantin Perempuan Silap Rumah - Seorang pengantin perempuan dibawa ke rumah pengantin lelaki lain oleh rombongan yang mengiringinya.
Dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian yang memalukan itu pada saat akhir.
Penduduk kampung berhampiran berbaris di sepanjang jalan raya untuk menyambut ketibaan pengantin perempuan yang menaiki sebuah kereta mewah sambil diiringi kenderaan lain dan mereka membunyikan hon kenderaan masing-masing untuk memeriahkan suasana.
Apabila rombongan itu tiba di rumah pengantin lelaki berkenaan, satu rombongan pengantin perempuan lain juga berhenti berhampiran rumah yang sama.
“Hon kenderaan dan muzik dihentikan tiba-tiba dan orang ramai mula ketawa.
Anggota keluarga pengantin lelaki meluru keluar dari rumah dan memberitahu rombongan pengantin perempuan pertama bahawa mereka tersilap pengantin lelaki dan salah rumah,” lapor media tempatan, semalam, lapor Metro Online.
P/s: Gambar diatas hanya hiasan semata dan kejadian ini berlaku kat Yaman.
No comments:
Post a Comment