KUALA
TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas
tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali
mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar
tersebut.
Tidak
cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa
ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui
telefon.
Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.
Bagaimanapun
menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman
lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar
bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.
“Pada
mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya
sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat
demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.
“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.
Bimbang
dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut
sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.
Bagaimanapun
suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk
mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa
menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.
“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.
“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.
Jelas
sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya
pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil
keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan
ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz
Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung
kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek.
Sumber: sinarharian
No comments:
Post a Comment