Semua mungkin
sudah sedia maklum , Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya , Dato' K
mempunyai beberapa hartanah dan rumah diseluruh Malaysia dan luar
negara. Kekayaan pasangan suami isteri ini tidak boleh disangkal dengan
kekayaan mencecah jutaan ringgit . Pelaburan hartanah pada masa kini
memang menguntungkan. Jadi memiliki sebanyak mungkin rumah bukanlah
sesuatu yang merugikan. Dan yan penting, ianya datang dari hasil titik
peluh mereka bekerja keras selama ini.
Jom kita saksikan 4 buah rumah Siti Nurhaliza yang dimilikinya di Malaysia
rumah Siti Nurhaliza di Cameron Highland
rumah asal Siti Nurhaliza di Pahang yang diubahsuai menjadi sebuah banglo mewah dan dihuni oleh ibunya ketika ini.
Ini pula Rumah
utama Datuk K dan Siti Nurhaliza yang terletak di kawasan penempatan
elit di Bukit Antarabangsa. Rumah ini adalah antara kediaman termewah
dikawasan tersebut dan boleh diumpamakan sebuah mahligai dan bukannya
rumah biasa.
dan terakhir adalah rumah banglo Siti Nurhaliza di Cheras.
Siapa sangka,
seorang gadis kampung yang dulunya hanya menjual kuih bagi membantu
keluarga, kini merupakan seorang wanita elit yang berjaya dan memiliki
kekayaan yang diidamkan oleh semua orang. Ditambah dengan perkahwinannya
bersama seorang usahawan berjaya di Malaysia. Mungkin ramai gadis
mengidamkan menjadi seperti Siti Nurhaliza. Apapun , hanya usaha yang
kuat dan berterusan sahaja mampu menjadikan anda seperti beliau. Apapun
Siti Nurhaliza memang seorang artis yang aku sangat salute sebab
disebalik kekayaan dan kejayaan yang dimiliki, beliau masih seorang yang
merendah diri dan tidak bermegah dengan kekayaanya.
No comments:
Post a Comment