Kisah tentang hutang PTPTN yang membebankan sebenarnya adalah satu rahsia terbuka.
Bagaimana pun isu ini telah disamarkan dengan tindakan ramai bekas penuntut IPT yang liat mahu membayarnya.
Baru-baru ini seorang peminjam PTPTN yang telah membuat potongan gaji
sejak 2012 menyuarakan kemarahannya dengan menyifatkan PTPTN sebagai
hutang yang perlu dibayar sampai mati.
Dalam situasi dirinya, pinjaman sebanyak RM24,000 yang sudah dibayar
selama dua tahun itu berbaki akhir RM24,748 apabila diperiksa baru-baru
ini iaitu SEMAKIN NAIK daripada pinjaman asal. Sedangkan jumlah potongan
setiap bulan yang dilakukan itu mengikut kehendak jadual dikeluarkan
PTPTN sendiri.
Puncanya adalah kos pembiayaan RM60 dan insuran RM0.79 yang tetap dikenakan setiap bulan kepada peminjam.
Mengikut perkiraannya jika pinjaman PTPTN ditukar kepada Ujrah sekali
pun caj tambahan ini akan tetap ada cuma jumlahnya berkurang sedikit
sahaja.
Apa yang membuatkan peminjam ini terkilan, sudah dua tahun dia tidak
culas membayar pinjaman namun bila diperiksa ternyata hutang tidak
berkurang tapi kian meningkat.
Siapa tak kecewa kalau macam ini kan?
No comments:
Post a Comment