Pages

Showing posts with label Keluhan Peminjam: Kena Bayar Hutang PTPTN Sampai Mati Ke?. Show all posts
Showing posts with label Keluhan Peminjam: Kena Bayar Hutang PTPTN Sampai Mati Ke?. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Keluhan Peminjam: Kena Bayar Hutang PTPTN Sampai Mati Ke?

Kisah tentang hutang PTPTN yang membebankan sebenarnya adalah satu rahsia terbuka.
Bagaimana pun isu ini telah disamarkan dengan tindakan ramai bekas penuntut IPT yang liat mahu membayarnya.
Baru-baru ini seorang peminjam PTPTN yang telah membuat potongan gaji sejak 2012 menyuarakan kemarahannya dengan menyifatkan PTPTN sebagai hutang yang perlu dibayar sampai mati.
Dalam situasi dirinya, pinjaman sebanyak RM24,000 yang sudah dibayar selama dua tahun itu berbaki akhir RM24,748 apabila diperiksa baru-baru ini iaitu SEMAKIN NAIK daripada pinjaman asal. Sedangkan jumlah potongan setiap bulan yang dilakukan itu mengikut kehendak jadual dikeluarkan PTPTN sendiri.
ptptn marleyaana
Puncanya adalah kos pembiayaan RM60 dan insuran RM0.79 yang tetap dikenakan setiap bulan kepada peminjam.
Mengikut perkiraannya jika pinjaman PTPTN ditukar kepada Ujrah sekali pun caj tambahan ini akan tetap ada cuma jumlahnya berkurang sedikit sahaja.
Apa yang membuatkan peminjam ini terkilan, sudah dua tahun dia tidak culas membayar pinjaman namun bila diperiksa ternyata hutang tidak berkurang tapi kian meningkat.
Siapa tak kecewa kalau macam ini kan?