Pages

Wednesday, 10 December 2014

Gambar Ammar, anak Che Ta bercuti dengan teman wanita di Maldives?


Menurut Portal Ohbulan, anak lelaki Rozita Che Wan, Ammar Effendy telah pergi bercuti dengan seorang wanita dipercayai teman wanitanya ke Embudu Village, Maldives.

Ini berdasarkan sekeping gambar yang dimuatnaik Ammar di laman Instagram peribadinya. Begitupun, gambar tersebut sudah dipadam.

 
Untungnya lah dik non oi! Muda-muda lagi dah dapat menjejakkan kaki ke pulau tercantik di dunia. Mana lagi kalau bukan Pulau Maldives.

Menurut sumber-sumber, anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy sebelum ini telah memuatnaik sekeping gambar dengan seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dengan caption “Maldives With Love”. Katanya foto tersebut diambil di Embudu Village, Maldives.

Bagaimanapun, bila kami lihat laman Instagram Ammar, foto tersebut telah pun dipadam dan kini hanya terdapat sekeping foto wanita bertudung hitam menghadap laut dengan posing style #followmeto
Ha.. Jangan cepat sangat buat spekulasi ya! Kami rasa mereka bukannya pergi berdua sahaja. Kalau anda masih ingat lagi, Che Ta pernah mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk membawa Aaisyah Dhia Rana ke Maldives.
Tetapi, setakat ini tiada pula foto di pulau itu yang dimuat naik oleh Che Ta dan Zain Saidin. Al-maklumlah, bila bercuti di pulau yang sebegitu indah, mungkin mereka mahukan sedikit privacy dan tidak mahu ‘too attached‘ dengan laman sosial kan?
Sumber asal : Portal Ohbulan

No comments:

Post a Comment