Pages

Tuesday, 16 December 2014

Putri Mardiana: Saya Siap Jemput JAIS Minum, Mereka Serba Salah



Nampaknya identiti pelaku khalwattt bergelar selebriti yang menjadi bualan ramai semalam bukanlah satu rahsia lagi apabila pelakon Putri Mardiana tampil memberikan kenyataan beliau tentang apa sebenarnya yang berlaku sehingga terjadinya insiden tangkapan khalwat.


Bercakap kepada Malaysian Digest Putri Mardiana menjelaskan yang beliau dan lelaki bernama Ejump itu sudah pun merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Semuanya hanya menunggu sahnya penceraian lelaki itu dengan isteri sebelum ini di mahkamah.
“Saya ke mahkamah tadi kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami ambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu”
“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan,” jelasnya.
Pelakon ini turut menjelaskan ketika kejadian tangkapan itu berlaku, teman lelakinya itu baru hanya menghantar dirinya pulang sebelum masuk sebentar untuk minum air.
“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tidak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah,” jelasnya.
Bekas Teman Lelaki, Isteri Ejump Perangkap Khalwat
hlive
Putri Mardiana turut mendakwa serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke rumahnya sengaja dirancang bekas teman lelakinya.
“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwattt)”
“Saya sebenarnya di’prank bekas teman lelaki saya & juga dapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. Mereka bersepakat kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” jelas pelakon ini panjang lebar. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment