Lebih Kurang Setahun lepas,saya pernah sekali menuntut cerai dari suami
kerana dia berlaku curang terhadap saya ketika mengandung anak
pertama.Tetapi dek kerana saya masih sayangkan perhubungan kami, saya
dan dia rujuk semula.
Alhamdulillah, selepas kejadian itu, hubungan kami kembali pulih. Dia
berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. Saya percaya,
kerana ada perkara yang membuatkan dia serik yang tidak dapat saya
kongsikan bersama.
Tidak lama selepas kami kembali bersama, saya dikurniakan cahaya mata
kedua. Alhamdulillah, kami sangat gembira. Dah dapat sepasang, maka
lengkaplah keluarga kami. Iya, kami memang merancang inginkan dua anak
sahaja.
Selepas bersalin anak kedua, saya pulang ke kampung untuk berpantang.
Maka tinggallah si suami di rumah keseorangan. Saya risau, risau makan
minumnya tidak terjaga. Tetapi dia menenangkan hati saya, usah
difikirkan sangat tentang dirinya. Tahulah dia nak ‘survive’ di rumah
tanpa isteri. Lagipun, bukannya dia tidak pernah melalui hari-hari
seperti itu.
Sehinggalah ke suatu hari (beberapa hari sebelum tamat tempoh
berpantangg), saya rasa macam tidak sedap hati. Gelisah tak tentu arah,
tak tahu apa penyebabnya. Lalu saya mengambil keputusan untuk pulang ke
rumah di Kuala Lumpur tanpa memberitahu suami.
Sampai di rumah, alangkah terkejutnya saya. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika itu.
Dalam rumah, penuh dengan barang-barang milik perempuan itu. Baju, alat
solek, syampu dan sebagai, lengkap, bagaikan perempuan itu isterinya
yang sah.
Paling menyakitkan hati, suami siap letak gambar perempuan itu dalam bilikk tidurr kami!
Cadar di atas katil, penuh dengan kesan-kesan airrr nafsuuu. Saya terduduk dan hampir pitam melihat kesemua itu.
Saya menunggu dia balik, saya minta penjelasan darinya. Wajahnya sayu
penuh dengan kekesalan dan tidak berhenti-henti meminta maaf pada saya.
Hati dan jiwa saya terasa dirobekk dengan pisauuu yang tajamm. Saya sudah
hilang rasa cinta pada dirinya.
Apabila ditanya, siapakah perempuan itu. Dia agak berat hati untuk
mendedahkannya. Namun setelah dipaksa, perempuan itu adalah rakan
sepejabatnya.
Punca kegelisahan saya telah terjawab. Peluang kedua yang saya beri
telah disia-siakan. Saya buntu.. sudahlah saya baru saja berhenti kerja
di awal waktu mengandungg anak kedua. Entah apa tindakan yang patut saya
buat. Saya bimbang dengan nasib anak-anak. Apakah saya patut bercerai
saja dengan dia?
Komen anda selepas membaca?mungkin boleh menjadi iktibar kepada orang lain..
No comments:
Post a Comment