Tunang kepada mangsa samun dan toreh muka Nur Shafiqa, Mohd Azijja Zafran berjanji untuk terus setia kepadanya meskipun raut wajah Nur Shafiqa tidak lagi secantik dulu.
Inilah yang dinamakan cinta sejati daripada seorang lelaki tanpa mengira bentuk fizikal si gadis yang bakal menjadi pasangan hidupnya.
Dalam kejadian jam 2 petang Ahad lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala
matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf
Berangan, Bandar Sri Aman.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa Hat Tema Mat Zin, 58.
Menceritakan kejadian malang itu, anak kelima daripada enam beradik itu
berkata, dia hanya teringat mati lebih-lebih lagi apabila penyamun itu
tidak menghiraukan rayuan, sebaliknya terus mencederakannya.
“Saya guna kedua-dua tangan untuk melindungi muka dan menangkis serangan lelaki itu.
“Namun, dia cepat menoreh muka dan sedar-sedar saja, saya rasa muka
ngilu dan panas apabila darah mengalir dengan banyak dan tangan juga
terasa perit. Akibat tidak tahan, saya cuba lawan dan menjadi agresif
dan ketika itu, dia keluar dari bilik dan saya mengambil kesempatan
mengunci pintu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Nur Shafiqa berkata, dia bersyukur kerana diberikan kekuatan
mempertahankan diri walaupun teruk dikerjakan penjenayah, malah dalam
keadaan lemah itu masih sempat meminta bantuan daripada jiran.
Menurutnya, dia tidak pasti nasib dirinya jika tiada jiran mendengar
jeritan itu, malah dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
“Kejadian itu begitu pantas dan penjenayah menceroboh masuk pun
seperti halimunan. Saya tidak hanya ditarik keluar dari bilik air, malah
kepala turut diketuk dengan objek tumpul.
“Ibu juga cedera ditumbuk beberapa kali di muka. Syukur adik saya selamat kerana sempat bersembunyi di bawah katil,” katanya yang hanya membuka pintu bilik apabila jiran memenuhi rumah mereka untuk membantu.
Nur Shafiqa dan Hat Tema dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA), sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Nur Shafiqa dan Hat Tema dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA), sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan keluar hospital dan dibawa pulang ke
rumah pagi semalam oleh bapanya Lah Hassan, 59, serta tunangnya Mohd
Azijja Zafran Mohd Zahari, 24.
Mohd Azijja Zafran berkata, dia berharap penjenayah yang mencederakan
tunangnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan.
Menurutnya, mereka bercadang melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, namun bercadang mempercepatkan tempoh itu.
Katanya, cintanya terhadap Nur Shafiqa tidak berubah, malah menjadi
tanggungjawabnya memberikan kata-kata semangat bagi memulihkan semangat
insan tersayangnya itu.
No comments:
Post a Comment