Pages

Tuesday, 2 December 2014

Koleksi foto Lara Alana, bayi artis paling comel di Malaysia

Ibarat menatang minyak yang penuh, begitulah ungkapan yang wajar diberikan kepada bayi perempuan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Baru sahaja menginjak ke usia 3 bulan, Lara Alana kini sudah memiliki kereta BMW miliknya sendiri.

“Buat masa ini, barang termahal yang dimiliki oleh Lara adalah kereta BMW yang dihadiahkan oleh kenalan. Namun, ia bukanlah kereta BMW sebenar, sebaliknya kereta BMW mainan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Kami tidaklah begitu memanjakan anak, sebaliknya Lara dimanjakan oleh orang sekeliling yang memberikannya hadiah. Saya pernah merasai hidup susah ketika kecil dan mahu Lara untuk menjalani hidup yang seimbang yang mana tahu erti kesusahkan serta kesenangan,”
ujar Awal ketika ditemui di majlis aqiqah Lara pada Sabtu.
Cerita Awal lagi, akaun Instagram Lara kini sudah mempunyai pengikut mencecah puluhan ribu orang. Jelas pengacara Melodi ini, dia membuka akaun tersebut bagi pihak anaknya adalah untuk berkongsi setiap saat istimewa dalam hidup anak sulungnya.

“Sebenarnya akaun ini sudah dibuat oleh saya ketika Scha masih sarat lagi namun ianya 'private' pada ketika itu. Niat saya adalah untuk menjadikan akaun tersebut seperti jurnal yang mana Lara berpeluang untuk melihatnya apabila besar nanti.

Malah ada juga yang turut berminat dengan idea ini dan berhajat untuk membuka akaun untuk anak mereka nanti. Malah akaun Lara ini juga membuka ruang kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung untuk mempromosikan produk mereka,”
ujar Awal.

Selain itu, Awal tidak menafikan yang Lara turut menerima tawaran untuk menjadi duta beberapa produk. Namun dia dan Scha memilih untuk menanti sehingga Lara mencapai usia yang sesuai untuk mula bekerja.
Sumber asal : Portal Gua










No comments:

Post a Comment