Kami terkedu seketika selepas membaca kapsyen sederhana panjang yang dimuatnaik pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima pada sekeping gambar anak madunya, Aida yang dikongsikan olehnya di akaun Instagram peribadi pada petang tadi.
Hanya kata-kata semangat kami mampu berikan kepada Erma agar redha dengan ketentuan Allah dan tidak mudah putus asa kerana Allah mempunyai sebab tersendiri yang tiada siapa tahu.
Sedih juga kami baca kenyataan itu & rata rata peminat turut merasa
simpati dengan Erma Fatima serta berharap penerbit juga pelakon popular
ini lebih tabah dalam kehidupan. Seperti kata mereka, Erma Fatima masih
sebaik baik wanita di mata Allah.
Tiada maklumat terperinci tentang kelahiran anak kepada pasangan Aida
& Bade Hj Azmi ini tetapi kami pasti keluarga kecil ini pasti
gembira dengan kelahirannya.
“Welcome to the family baby Jihad. Congratulation Bade and Aida,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment