Pages

Friday 10 April 2015

KESAL FAIL CERAI - YATT HAMZAH INSAF SELEPAS PULANG DARI SYRIA

.

"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," tambah Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, yang pernah menyertai misi kemanusiaan di Syria pada Februari lalu.



Untuk makluman, Yatt pada 24 Oktober lalu telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Namun setelah berfikir panjang, pelakon itu dan pasangannya pada 12 Mac lalu telah meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik.

"Sepanjang saya berada di Syria, saya banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan rumah tangga saya semula.

"Saya kini melihat suami saya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarga saya sepanjang hayat.

"Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri," katanya.






No comments:

Post a Comment