Pages

Wednesday 30 April 2014

6 JAWAPAN BALAS KEPADA STATUS KONTROVERSI 'KAPAL SELAM' DR. MAZA



Dr. Maza mencetuskan satu lagi kontroversi melalui status terbaru di laman page Facebook beliau. Dalam status itu, Dr. Maza seolah-olah mempertikaikan penggunaan kapal selam milik negara yang didakwa tidak berfungsi dan tidak memberi sumbangan dalam misi pencarian pesawat MH370.


Status isu kapal selam scorpene


Namun, ramai pengguna media sosial tidak gemar dengan status berkenaan kerana didakwa mengelirukan fakta sebenar. Seorang pengguna Facebook tampil menjawab status tersebut dengan memberikan hujah balas seperti dibawah:


1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar, HMS Tireless (S88). Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985. Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu, tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014. Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan.
2. Untuk pengetahuan semua, dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpène milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini. Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab!



3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura?


Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV). Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini. Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi. Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti.


4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447.


Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan.


5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik.

6. Apapun, kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini. Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Aamiin.


Walaubagaimanapun, status kontroversi Dr.Maza didapati telah dipadam. Pengguna Facebook dilihat memberikan komen yang bercampur aduk dalam isu itu berikutan kurangnya pengetahuan dan maklumat fungsi sebenar penggunaan kapal selam milik negara kita.

View the original article here

KINI ANDA TAHU10 JENIS WANITA YANG LELAKI TAKKAN JADIKAN ISTERI



Aku ni bukanlah pandai sangat pasal perempuan ni tapi memandangkan Sosiologi, Antropologi, Etika dan Agama antara bidang yang aku minat baca jadi aku tahulah serba sedikit tentang jenis jenis perempuan yang lelaki berfikiran matang tidak akan jadikan isteri. 

1. Perempuan bodoh
Bodoh dalam konteks yang aku gunakan ini bukanlah bodoh dalam pelajaran tapi suka membuat diri kelihatan bodoh depan khalayak ramai. Antara perkara yang boleh dikatakan bodoh adalah tergelak kuat kuat, gelabah kerbau, berpakaian seperti Lady Gaga dan sebagainya. Sememangnya tak salah jadi lain dari yang lain tapi tengok keadaan la. Kalau orang lain dah kata ''macam bodoh je'' maknanya adalah yang tak kena. 

2. Perempuan gedik
Yang ni bukan setakat lelaki saja yang tak minat tapi perempuan pun sama menyampah. Kalau berjalan pun over sangat. Tak tahulah kenapa. Selalunya pelaku gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka. Jika yang mengelilingi mereka tu lelaki baik okey la sikit tapi semuanya nakkan sesuatu. Faham faham saja lah. 

3. Perempuan perasan cantik
Yang ni paling aku menyampah. Kalau yang betul betul cantik tu tak payahlah dihebohkan kecantikan tu. Bukannya orang lain tak nampak. Jelas depan mata kan? Inikan tidak. Untuk tambah cantik tu, pakai lagi seksi seksi. Siap promo dekat status facebook lagi tu. Lelaki ni memang suka perempuan macam ni tapi bukan nak buat isteri tapi saja nak main main. Dan ada juga yang tak cantik tapi perasan diri tu hot. Pernah sekali jumpa seseorang dekat hentian bas. Dahlah gemuk, hitam pula tu. Lepas tu diwarnakan pula rambutnya. Memang macam afrika. Sepatutnya bila dia dah sedar muka tak market, tak payahlah perasan lawa. Lelaki straight pun boleh jadi gay kalau ditakdirkan hidup dengan perempuan macam tu. 

4. Perempuan banyak membebel
Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Aku dengar cikgu arbayah membebel dekat sekolah dulu pun dah naik pitam. Pening lelaki tu bila seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari sebenarnya. Bila waktu exam tak nak pula mereka tulis panjang panjang. Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir ''jika begini la keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti lepas kahwin kena buat pembedahan telinga''. 

5. Perempuan banyak bekas
Jika seseorang perempuan itu banyak bekas pasangannya selalunya dia merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan. Asyik bertukar sahaja. Oleh itu, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si isteri akan main kayu tiga dengan lelaki lain manakala rumahtangga asyik berperang. 

6. Perempuan yang kuat cemburu.
Jika diikutkan keadaan sebenar, lelaki lagi kuat cemburu. Tapi ada juga perempuan begitu. Apabila melihat si lelaki keluar dengan seorang perempuan lain mulalah si perempuan menuduh. Kadang kadang apabila si lelaki berpimpin tangan dengan seorang perempuan tua buta melintas jalan pun boleh jadi kes. Adakah patut? Jika cemburu sangat cari lah dahulu saksi atau bukti. 

7. Perempuan yang memang sudah terserlah kejahatannya
Kalau perempuan tu merokok, minum arak dan ada kalanya mengaku sudah bukan islam lagi maka memang bukan pilihan si lelaki lah untuk mereka dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya. Jika peneman hidup, ''tak ada maknanya''. Sebenarnya aku pernah bercinta dengan seseorang yang mempunyai ciri ciri seperti diatas. Apabila dinasihatkan tidak pun mahu dia mendengar. Siap promo agama baru dia lagi tu. Tak minat aku. Tak sampai dua bulan berpisah. 

8. Perempuan yang tak tahu buat kerja.
Apa rupanya bila seseorang perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju, menyapu dan sebagainya? Adakah si lelaki yang harus menjaga urusan keluarga kelak manakala si perempuan yang mencari nafkah batin? Jika tidak, maka nampaknya tunggang terbalik lah keadaan rumah. Bontot anak bermekap kunyit kuning tidak berbasuh, kain pakai bersepah sepah dan dapur tidak pernah berasap. Lelaki pun cari lagi satu. 

9. Perempuan selekeh
Oleh kerana dulu aku ni selalu bersendirian di sekolah jadi aku selalu la perhatikan perempuan. Kadang kadang tu banyak juga aku tengok perempuan yang tak ada muka perempuan. Dengan tudung tak beriron, baju ada sos, lengan ketiak pun ada hitam, geli aku tengok. Kalau budak tingkatan satu tu okey lagi tapi ni dah nak masuk tingkatan lima. Dalam hidup ni, tak lawa tak apa. Tapi jangan jadi selekeh. Tak kan si lelaki nak dengar orang kampung kata ''bini si polan tu muka cam kerbau bala. Berlumpur je setiap hari''? 

10. Mahal sangat
Yang ni istimewa sikit sebab bukan semuanya salah perempuan. Jika kita perhatikan sekarang ni, ramai betul perempuan yang nak dinikahkan dengan hantaran kahwin yang tinggi. Selalunya bukan si perempuan yang minta tapi ibubapa yang menggatal sangat nak menjual anak. Kadang kadang anak tu dilelong sampai sepuluh ribu ringgit. Kalau anak tu sambung Master okey lagi. Tapi belajar setakat form 4. SPM pun tak ambil. Harapkan muka sahaja sebagai pakej. Adakah patut harganya mahal? Si bakal suami kalau berkemampuan tidak apa tapi kerja setakat toreh getah. Jangan anak tu jadi andartu sudah.

View the original article here

SAYU, LUAHAN HATI ISTERI PRAMUGARA PESAWAT #MH370, HAZRIN MOHAMED HASNAN

Bukan senang menerima berita buruk mengenai pesawat MH370 yang dilaporkan terhempas di selatan Laut Hindi. Begitulah juga yang dialami oleh ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.


Baru-baru ini salah seorang waris anak kapal pesawat MH370 meluahkan perasaan sayu dan hibanya di laman Facebook miliknya.

Membaca coretannya itu sudah mampu membuatkan air mata mengalir sebak tak terkata. Meskipun kita tidak ikatan persaudaraan dengan penumpang pesawat MH370, namun kehilangan mereka juga meruntunkan jiwa kita.

Assalamualaikum sayang….

On the 8th memang mani day jangka that u’re already in heaven but on the next day i still want to keep my mind positive and hoping that u are still alive and will come back home for us…

Day pass by and theres still no news from anyone until last nite March 24 2014 at 2130 i received an unwanted new saying that u and the rest are resting in a deep deep deep sea, Indian Ocean… wow its shocking.. so shocking to me but Allah love you more.. I redha dengan pemergian u B..


All that happened is so mysteriously insane… but who am i to question Allah the AlMighty.. He got a better plan for me and u. Indeed i have to be a bionic women to face reality today… I will gradually tell Iman that she have lost her papa… and Muhammad will be my pillar to move on.. In Shaa Allah Iman & Muhammad won’t let you down..

My love for you will stay forever hingga ke syurga. Remember I told you i want to be leader of all the Angles in Heaven?? Im so jealous now that u are now with them but never mind I will join u someday.. kan Allah dah janji “mati itu pasti”…

You are the best husband and papa i could ever ask for.. Allah is great to lend you as a gift to me even for a short period of time but its all good and sweet memories. Semoga Allah tempatkan u ditempat orang2 yang beriman. I love u B…




* Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan.

View the original article here

Tuesday 29 April 2014

Transkrip komunikasi terakhir #MH370 dengan menara kawalan didedahkan!

Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.


Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36. 

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.

Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian, seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS telah ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq. 

Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh.

"Jika saya mahu merampas pesawat tersebut, ia akan menjadi point di mana saya akan melakukannya," kata Stephen Buzdygan, bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s.

"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin tidak telah dapat dilihat dari bawah," katanya.

Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah spekulasi mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau dirampas. Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang terlibat, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.

Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi, kenaikan dan ketinggian.

Walaupun dia telah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa kapal terbang akan hilang.

Sesetengah pakar berkata mereka tidak melihat apa-apa yang boleh membuatkan mereka merasa ada perbuatan jahat mungkin telah berlaku.

The Telegraph mendakwa mereka telah berulang kali meminta pihak MAS, Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan rekod komunikasi ini namun hanya pejabat Perdana Menteri memberi jawapan bahawa data itu tidak akan didedahkan.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac dalam penerbangannya ke Beijing.

Namun pesawat itu dilaporkan hilang dari radar awal pagi 8 Mac dan masih hilang hingga ke hari ini. -Astro Awani

Sumber: 

1. http://www.astroawani.com/news/show/mh370-komunikasi-54-minit-terakhir-didedahkan-the-telegraph-32295?cp
2. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10714907/Revealed-the-final-54-minutes-of-communication-from-MH370.html

View the original article here

Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Amir Raja Lawak Sekali Lagi Dedahkan Gambar Bakal Isteri

Setelah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang.


Malah, pemenang ketiga Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya.

Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu

View the original article here

2 GAMBAR PEMIMPIN KOREA UTARA, KIM JONG UN JUAL SATAY DI TEPI JALAN

Sebut saja nama Kim Jong-Un, pastinya semua tahu nama itu milik siapa kalau tidak bukan Supreme Leader negara komunis, Korea Utara.


Kim Jong-Un jual satay di tepi jalan? Jangan terkeliru, itu sebenarnya gambar seorang peniaga jalanan di Beijing, China, yang mempunyai perwatakan yang hampir seiras dengan pemimpin Korea Utara itu.



Gempal dan berwajah bulat serta mempunyai potongan rambut yang sama seperti Kim Jong-Un, peniaga itu menjadi bualan ramai di media sosial China.

Identitinya tidak diketahui, tetapi yang pastinya beliau bekerja di bandaraya Shenyang di Timur Laut China, tidak jauh dari sempadan Korea Utara. 

Seperti Kim Jong-Un, peniaga itu juga sangat gemar memakai jaket berbutang penuh dan juga suka merokok.

Menurut seorang pengguna internet di China berkata:

"Jika Kim Jong-Un melihat gambar ini, saya yakin dia akan mengupah lelaki ini menyamar sebagai dirinya." - 


View the original article here

"KAU TAKKAN JUMPA KUBUR ATAU PUSARAKU" - GURAUAN TERAKHIR KAPTEN ZAHARIE



"Kau tidak akan jumpa kubur atau pusaraku", itulah gurauan terakhir Kapten Zaharie Ahmad Shah pada kenalan rapatnya, Mohaza. 

Mohaza tidak menyangka gurauan di Aidilfitri tahun lalu itu menjadi petanda bahawa Kapten Zaharie akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut Mohaza, Kapten Zaharie bergurau sedemikian ketika berada di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang.


“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Ahmad Idris Zaharie, anak kepada Kapten Zaharie juga turut berkongsikan rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Melalui laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370', Ahmad Idris menulis;

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

View the original article here

Monday 28 April 2014

Pekerja animasi DreamWorks ini mengedit 12 video anaknya menjadi seorang superhero !

Daniel Hashimoto, seorang penggiat seni yang bekerja untuk DreamWorks dan mempunyai bakat dalam mengedit video menggunakan software Adobe After Effects telah mengedit video-video anaknya yang sedang bermain nampak seakan-akan superhero seperti yang kita sedia maklum di panggung wayang.


Dalam siri koleksi video yang telah dia edit, banyak superhero yang di jadikan sebagai rujukan antaranya adalah dalam filem Star Wars dengan menggunakan pedang lightsaber, Batman adengan aksi menggunakan grappling hook malah ada juga video yang beliau edit berdasarkan imaginasi kanak-kanak seperti mana kita telah alami sebelum ini. Seperti contoh, apabila bermain di sofa, kita akan melompat dari sofa ke sofa tanpa jatuh ke lantai, kerana menganggap lantai itu satu lava yang menggelegak panas !








View the original article here

Surat 'AMARAN' khas buat Penjawat Awam jalankan Perniagaan Internet!

Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.


Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:

Sumber Surat: MyMediaHubOnline

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas!

View the original article here

Sunday 27 April 2014

'Jangan marah jika saya ambil tindakan'


  • Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
1 / 1
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.
 
Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.
 
Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.
 
Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini.
 
"Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan negara.
 
"Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara.     Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.
 
Persidangan bersambung esok.  - Bernama

Telefon: Polis siasat dakwaan CNN

  •  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR - Benarkah telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370, Fariq Ahmad Hamid dihidupkan dan dikesan di Pulau Pinang, seperti didakwa sumber dari Amerika Syarikat (AS)?

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, apabila ditanya berkata, polis masih menyiasat perkara itu dan sebarang spekulasi mengenainya boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Saya tidak mahu komen selagi tiada pengesahan. (Kita perlu) memastikan keluarga yang di bawah siasatan tidak tersinggung dari segi emosi dan kedudukan mereka," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Katanya, polis dan agensi risikan antarabangsa sedang menyiasat dan maklumat (yang tidak tepat) akan jejaskan siasatan mereka.

Laman web CNN, semalam memetik sumber rasmi dari AS bahawa telefon bimbit milik Fariq telah dihidupkan dan ia dapat dikesan oleh menara telekomunikasi di Pulau Pinang. Bagaimanapun tiada panggilan dibuat.

Maklumat itu mendorong pasukan penyiasat melihat jutaan rekod panggilan telefon jika ada panggilan telefon yang dibuat dari pesawat itu selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Panggilan itu dikatakan dilakukan ketika pesawat tersebut berada pada ketinggian 5,000 kaki dan terbang merentasi Pulau Pinang.

Laporan CNN menyebut, sumber pasukan penyiasat AS itu berkata, telefon bimbit milik Fariq cuba mengesan isyarat telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas MH370 membuat pusingan balik ke Semenanjung Malaysia.

sumber

18 TIPS UNTUK HIDUP LEBIH TENANG DAN BAHAGIA

1. Berdoa 

Ada masalah atau sedang susah hati? Daripada anda layankan dan fikirkan perasaan tersebut, adalah lebih baik anda “mengadu” dengan Tuhan. Bukankah doa boleh memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang insan terhadap penciptanya.

2. Tidur dan rehat yang cukup

Tidur dan rehat yang cukup amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal kita . Menurut satu web kesihatan, prestasi sewaktu anda berjaga bergantung kepada apa yang berlaku semasa anda tidur.

3. Bahagikan tugas 

Sentiasa ingat bahawa anda yang seorang manusia biasa yang hanya punya dua kaki dan dua tangan, dan tidak mempunyai super power Jadi jangan paksa diri untuk lakukan semua perkara. Minta bantuan orang lain untuk ringankan beban anda. Contohnya, jika anda seorang bos, delegasikan tugas pejabat dengan baik kepada pekerja anda. Untuk suami isteri pula, kongsi tanggungjawab dalam membangunkan keluarga secara saksama.

4. Belanjakan wang ikut kemampuan 

Antara faktor utama manusia tidak bahagia , tertekan dan sengsara dalam hidup adalah bebanan hutang.Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Jadi rancang kewangan anda dengan baik dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan lupa diri setiap kali dapat gaji tapi akhirnya susah hati pada hujung bulan kerana kehabisan wang. Setkan keutamaan anda dan jadi bijak dalam membezakan antara kehendak dan keperluan.

5. Jaga bahasa dan pertuturan

Jangan kerana mulut badan binasa. Orang yang bermulut jahat dan suka memfitnah tentunya akan tidak disukai oleh masyarakat, termasuk rakan-rakan dan keluarga anda juga. Akibatnya semua orang di sekeliling akan mula menjauhkan diri daripada anda.

6. Amalkan pemakanan yang sihat

You are what you eat ! Pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda daripada menghidapi penyakit-penyakit berbahaya.

7. Jadi pengemas

Pastikan semua barang- barang anda tersusun. Jadi kehidupan seharian anda akan menjadi lebih teratur. Anda tentu tidak mahu terlewat pergi ke kerja kerana mencari kunci rumah yang berada…. ntah di mana… bukan?

8. Isi masa terluang dengan baik

Isi masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah atau boleh menghiburkan anda. Misalnya jika anda menaiki pengangkutan awam, masa menunggu kadang-kadang boleh buat anda tertekan bukan? Isi masa tersebut dengan aktiviti yang relevan dan anda suka seperti mmbaca buku atau mendengar muzik.

9. Ambil masa untuk bersendiri

Menurut psychologytoday.com, bersendirian penting untuk membolehkan anda menenagkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan konsentrasi, memberi peluang anda mencari diri sendiri, berfikir lebih dalam, meningkatkan kualiti dalam perhubungan dengan orang lain dan menyelesaikan masalah dengan lebih mendalam.

10. Bermain dengan kanak-kanak /bayi atau binatang peliharaan

Ini tips yang pernah penulis tonton daripada satu program Tv oleh pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, mendukung bayi adalah antara cara untuk menghilangkan stress.Kesan yang sama dapat dirasai dengan mendukung haiwan peliharaan seperti kucing.

11. Senyum dan ketawa

Senyum dari sudut saintifiknya akan merembeskan Endorphins yang akan membuatkan kita lebih tenang dan ceria. Menurut longevity.about.com, senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik, mengubah mood, menghilangkan stress,meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan membuatkan seseorang lebih awet muda.

12. Cintakan kerjaya anda 

Kerjaya anda seolah-olah sebahagian daripada hidup anda. Kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja.Jika anda tidak sukakan atau tertekan dengan kerjaya anda, tentu sekali anda akan berasa tidak bahagia secara tidak langsung.

13. Berhenti bergosip tentang orang lain

Orang yang sibuk bercakap hal orang lain adalah orang yang suka bersangka buruk dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya, secara tidak langsung, habit seperti ini membawa kesan negatif kepada diri anda sendiri juga.

14. Lupakan kenangan pahit

Past is past. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masa silam anda yang kurang enak. Pandang ke hadapan dan lupakan saja perkara itu. Anggaplah pengalaman pahit anda sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang mematangkan diri anda.

15. Bersyukur

Orang yang sentiasa punya rasa tidak puas hati dan iri hati dengan orang lain tidak akan bahagia. Belajarlah bersyukur dan menghargai apa yang anda ada. Cuba pandang nasib orang lain yang lebih teruk daripada anda dan berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain.

16. Berfikiran positif 

Pandang setiap perkara daripada sudut positif. Setiap perkara mesti ada pros dan consnya. Berhenti merungut dan bersangka buruk dengan orang lain.Buka hati dan minda anda seluasnya.

17. Anggap kehidupan sebagai proses pembelajaran 

Apa sahaja yang anda lalui, itu merupakan satu perjalanan hidup. Guru terbaik adalah pengalaman hidup anda sendiri. Jadi jangan ada penyesalan dalam hidup anda sehingga membelenggu dan menghalang anda daripaa bergerak ke hadapan.

18. Jadi pemaaf 

Life is too short to waste time hating. Belajar untuk memaafkan insan-insan yang pernah berbuat salah kepada anda. Sebelum tidur cuba untuk maafkan semua orang di sekeliling anda. Mungkin untuk sesetengah kes serius, anda mungkin memerlukan masa untuk berbuat demikian. Ambillah seberapa banyak masa pun namun jangan berhenti mencuba. Time heals everything.

Saturday 26 April 2014

KOLEKSI KERETA PAUL WALKER



Siapa tak kenal Paul Walker? Aku kenal tapi makcik aku tak kenal pun mamat ni. Apa pun, itu bukan lawak yang nasihangit nak bgtau. Untuk entri kali ni, jom kita tengok koleksi kereta Paul Walker.























Banyak betul gambar untuk entri ni. Jenuh nasihangit nak resize gambar. Hahaha ;3
View the original article here

Ketahui Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda

Sudah lama kami tidak berkongsikan dengan anda artikel mengenai Personaliti Cinta. Jadi kali ini, kami ingin berkongsikan mengenai satu topik yang menarik di mana anda akan mengetahui rahsia tarikh kelahiran anda.

Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.

Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda dan ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir

Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2

Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?

Maksud Nombor Tarikh Lahir

Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:

Nombor Tarikh Lahir: 1

Kekuatan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
  • Berfikirlah secara terbuka.
  • Berdiplomasi apabila diperlukan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1: Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 2

Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Percayalah kebolehan diri sendiri.
  • Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
  • Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2: Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna

Nombor Tarikh Lahir: 3

Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
  • Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
  • Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby

Nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan: Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
  • Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
  • Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
  • Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Apa yang perlu dipelajari:
  • Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
  • Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

Nombor Tarikh Lahir: 6

Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:
  • Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
  • Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
  • Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver

Nombor Tarikh Lahir: 7

Kekuatan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
  • Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
  • Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7: Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson

Nombor Tarikh Lahir: 8

Kekuatan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
  • Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
  • Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8: Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda

Nombor Tarikh Lahir: 9

Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:
  • Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
  • Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
  • Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley

Hasil Pengiraan dan Potensi Diri

Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 2. Mereka adalah dari golongan yang mahir dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Mereka dilahirkan sebagai seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan.

Malangnya kelemahan mereka adalah mereka mendengar nasihat, tetapi tidak dikuti. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Walau bagaimanapun yang bagusnya ialah kelemahan seperti ini boleh diperbaiki dengan mempelajari cara untuk meningkatkan keyakinan diri kerana orang-orang hebat seperti Adi Putra, Bill Clinton, dan Madonna adalah orang dari golongan nombor 2.

Bagaimana pula dengan anda? Dari pengiraan Rahsia Tarikh Lahir di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

sumber