Pages

Showing posts with label Pekerja. Show all posts
Showing posts with label Pekerja. Show all posts

Thursday 4 September 2014

Suami Paksa Isteri Buat Hubungan Seks Dengan Pekerja Bangla



AKIBAT tidak tahan menjadi mangsa kerakusan seks suaminya sendiri, seorang wanita yang sarat mengandung telah membuat laporan polis mengatakan dirinya dipaksa suami untuk melakukan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Ali Ahmad menyatakan wanita berusia 27 tahun itu telah melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya, mengatakannya membawa balik seorang pekerja Bangladesh untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya.

“Takut dengan permintaan suaminya itu, wanita tersebut telah meninggalkan rumah dan meminta pertolongan daripada pihak polis,” katanya memetik The Star.

Ini bukan kali pertama suaminya memaksa mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Nizam.


“Dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan Nizam sebanyak tiga kali sebelum ini.
“Wanita itu sedang sarat hamil tujuh bulan semasa dipaksa suaminya melakukan hubungan seks dengan Nizam pada Julai lalu,” katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya lebih mudah teransang jika melihatnya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Dia turut menambah suaminya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada Nizam kerana menidurinya.
Wanita itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. -
View the original article here

Saturday 30 August 2014

Berpuluh Mayat Pekerja Asing Terdampar Di Pantai Libya

mayat terdampar

MAYAT sekumpulan pendatang asing warga Afrika ditemui terdampar akibat lemas di pantai kira-kira 30 kilometer timur Tripoli.

Kejadian itu berlaku selepas lebih 200 pekerja asing dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang mereka naiki tenggelam lebih kurang sebatu dari pantai Libya ketika mereka cuba menyeberangi tanah besar Eropah.

Menurut pengawal pantai tempatan, kapal kecil yang dipenuhi lelaki, wanita dan kanak-kanak karam lewat Jumaat lalu. Abdel-Latif Ibrahim berkata, lebih 16 orang berjaya diselamatkan termasuk lima kanak-kanak.

Pengawal pantai Libya cuba mengangkat mayat mangsa yang ditemui, dipercayai lebih 200 tenggelam selepas bot kecil yang mereka naiki untuk menyeberangi tanah besar Eropah karam.


Jurucakap pengawal pantai Libya Abdellatif Mohammed Ibrahim berkata: “Beberapa batu daripada pantai, mereka menemui mayat dalam bot kayu yang dinaiki sebahagian daripada 200 pendatang asing tersebut.
“Kami berjaya menyelamatkan 16 orang dan menemui 15 mayat. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana 170 orang masih lagi hilang.”

Beliau menambah: “Difahamkan antara mereka adalah warga Somali dan Eritreans serta rakyat negara lain. Bayi berusia 18 bulan antara yang terkorban dalam kejadian malang itu.

Sekurang-kurangnya, 3,500 pendatang asing dengan 19 mayat berjaya ditemui sejak Jumaat. Kapal Sirio dari Itali berjaya menemui 18 mayat sementara 73 orang diselamatkan menggunakan rakit, lapor mStar.
View the original article here

Thursday 28 August 2014

Pelanggan Kesal Pekerja Gerai Tidak Prihatin



MERLIMAU - Seorang pelanggan terkejut apabila lauk makanan tengah harinya di sebuah gerai makan di medan selera pekan Merlimau terdapat telur lalat.

Wan Ahmad Wan Ali, 29, berkata, dia bersama isterinya ke gerai makan layan diri berkenaan dan mengambil seekor ikan keli sambal, namun selepas makan baru mereka menyedari ikan tersebut telah dicemari telur lalat.

“Ketika nak bayar, saya beritahu kepada pekerja gerai makan itu yang juga warga Indonesia terdapat telur lalat.

“Tapi kesal pekerja itu langsung tidak meminta maaf dan hanya menjawab tak apa sebelum membawa pinggan terus ke dapur,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa namun berharap peniaga dan pelanggan lebih berhati-hati memandangkan di medan terbabit lauk pauk dibiarkan terdedah.

“Bukan satu kedai sahaja malah beberapa gerai yang menyediakan masakan tengah hari juga membiarkan masakan di atas meja tanpa bertutup.

“Majlis Perbandaran Jasin perlu memantau dan memastikan peniaga menitik beratkan aspek kebersihan,” katanya.

View the original article here

Thursday 31 July 2014

Video: Remaja Mabuk Ganggu Pekerja Mcdonalds


 Dua orang remaja lelaki dari  Burnley, Lancashire mungkin bakal dikenakan tindakan undang-undang  apabila video mereka mengganggu pekerja wanita di restoran makanan segera McDonalds mula tersebar luas di Internet sejak semalam.



Ben Hall dan Joel Melia yang ketika itu sedang mabuk telah dirakam mengganggu pekerja wanita restoran makanan segera itu dengan memukulnya menggunakan tiub foam.

Biarpun video tersebut sudah tersebar dan mendapat kritikan ramai, kedua-dua remaja ini menganggap pekerja restoran berkenaan memberikan reaksi berlebih-lebihan.

Ben Hall pula menyifatkan tindakan pekerja wanita itu menghalau mereka keluar dari restoran sudah cukup adil buat mereka dan tidak perlu diperbesarkan.
View the original article here

Monday 28 April 2014

Pekerja animasi DreamWorks ini mengedit 12 video anaknya menjadi seorang superhero !

Daniel Hashimoto, seorang penggiat seni yang bekerja untuk DreamWorks dan mempunyai bakat dalam mengedit video menggunakan software Adobe After Effects telah mengedit video-video anaknya yang sedang bermain nampak seakan-akan superhero seperti yang kita sedia maklum di panggung wayang.


Dalam siri koleksi video yang telah dia edit, banyak superhero yang di jadikan sebagai rujukan antaranya adalah dalam filem Star Wars dengan menggunakan pedang lightsaber, Batman adengan aksi menggunakan grappling hook malah ada juga video yang beliau edit berdasarkan imaginasi kanak-kanak seperti mana kita telah alami sebelum ini. Seperti contoh, apabila bermain di sofa, kita akan melompat dari sofa ke sofa tanpa jatuh ke lantai, kerana menganggap lantai itu satu lava yang menggelegak panas !








View the original article here

Thursday 20 March 2014

Pekerja petronas warga bangladesh bongkar penipuan cashier di kaunter

type='html'>



Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan.

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.


"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

View the original article here