Pages

Monday 23 February 2015

Gambar fesyen ketat Nelydia Senrose di karpet merah Anugerah MeleTOP ERA 2015


Membariskan nama-nama selebriti terkenal tanah air, pihak Astro menerusi saluran Astro Ria dan ERA fm menganjurkan Anugerah MeleTOP ERA (AME 2015) yang bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini.

AME 2015 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) selain memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Berikut merupakan gambar para selebriti tempatan kita yang bergaya di karpet merah (karpet MeleTOP) Anugerah MeleTOP ERA malam ini.
Pada kami, fesyen busana yang ditampilkan oleh pelakon jelita, Nelydia Senrose paling memukau kami kerana jelas menyerlahkan kecantikan dan kejelitaan beliau.
Pada kami, fesyen busana yang ditampilkan oleh pelakon jelita, Nelydia Senrose paling memukau kami kerana jelas menyerlahkan kecantikan dan kejelitaan beliau.
Sumber : Rotikaya

Akhirnya Ozlynn bersuara isu hubungan 'Istimewa' Johan & Uqasha Senrose


Susulan kontroversi Johan digosipkan mempunyai hubungan 'Istimewa' dengan Uqasha Senrose, ramai peminat begitu teruja untuk mendengar respon dari Ozlynn.

Menerusi Super Spontan yang lepas, isteri Johan itu akhirnya bersuara dan menjelaskan situasi sebenar berhubung kontroversi itu.

Jom tonton video di bawah komen Ozlynn yang amat mengejutkan.

Sumber : Melastikbulan

Wednesday 18 February 2015

7 Gambar gadis misteri mengejutkan Zizan Razak di Majlis Resepsi kahwin Eina Azman



Terkejut beruk kami dengan kehadiran seorang gadis misteri di Majlis Resepsi Perkahwinan pelakon Eina Azman. Rasanya bukan kami sahaja terkejut malah pelawak dan pelakon Zizan Razak juga.

Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Eina Azman dan Dato Paduka Kaiser Gurmeet telah mengadakan sebuah majlis resepsi bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.
Pasangan suami isteri berkenaan mengenakan busana dari warna putih dan menggunakan tema perkahwinan warna ungu dan putih.
Majlis Resepsi Eina Azman Dan Dato Paduka Kaiser Gurmeet itu telah dihadiri beberapa orang artis antaranya Miera Liyana, Fasha Sandha, Michael Ang, Erin Malek, Sharifah Sakinah, Zizan Razak dan Emma Maembong.
Apapun, mari kita skodeng beberapa gambar majlis resepsi Eina Azman dan Dato Paduka Kaiser Gurmeet yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Selamat berhujung minggu dan ong gedek gedek.






Saturday 14 February 2015

Ibrahim Ali di timpa bala dek mulut celuparnya dakwa almarhum Nik Aziz gagal dalam segala hal

Seluruh negara tanpa mengira latar belakang hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat namun Datuk Ibrahim Ali menggunakan pendekatan berbeza.

Di sebalik ucapan takziah, presiden Perkasa itu mendakwa allahyarham gagal membangunkan Kelantan dan tidak berjaya melaksanakan hudud di negeri itu.

“Kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB lebih 20 tahun.

“Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan selama ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang,” katanya menerusi status Facebook yang sudah dipadamkan.

Ibrahim berkata menjadi harapannya agar rakyat Kelantan selepas ini memilih pemimpin tidak berdasarkan pandangan luaran tetapi nilai yang ada pada seseorang pemimpin itu.
“Biarlah satu sejarah sudah berlalu dan rakyat Kelantan tidak lagi memuja pemimpin retorik, alim tetapi yang berwawasan serta akhlak mulia,” katanya.

Kenyataan yang dipadamkan 12.30 tengahari tadi itu diganti dengan ucapan takziah yang lebih sopan dan beradab.

“Salam takziah pada keluarga arwah, sama-sama kita berdoa semoga roh YB Dato Nik Aziz ditempatkan di kalangan para solihin oleh Allah di alam barzakh,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, pengguna Facebook tetap melemparkan kritikan kepada Ibrahim kerana tidak menghormati pemergian allahyarham di saat seluruh negara mengambil pendekatan sebaliknya.

“Dah padam ke makian kau tadi? Dasar katak kau ni. Melompat je kerjanya,” kata Axixal Kazikizikata di laman Facebook Ibrahim.

“Memang peninglah datuk ni. Pergi makan ubat la… Putar alam… Pembelit.. Pembaris.. Lompat parti.. Lompat katak semua bagi kat datuk la,” kata Tengku Khairul Tengku Saleh di laman sama.

“ Tak payahlah padam statement tadi tu. Berjuta orang dah print screen. Lain kali fikir dulu sebelum tulis,” kata Nur Faezah di laman itu.

Kecaman terhadap Ibrahim berterusan dan setakat 3 petang ini lebih 200 komen mengkritik Ibrahim atas kebiadapan komennya sebelum ini.

Turut hadir pada solat akhir bagi tokoh ulama itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau tiba sejurus selepas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan ramai pemimpin PAS yang lain kemudian mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Di antara yang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang kelihatan memberi penghormatan bagi menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Mustapha Mohamad juga hadir di samping pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Hadir sama menyertai puluhan ribu umat Islam yang lain adalah Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyel.

Ketika semua pihak memandang wajah allahyarham buat kali terakhir secara bergilir-gilir, surah Al-Fatihah dibacakan tanpa henti.

Kelihatan hadir menziarahi jenazah Nik Aziz adalah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid.Orang ramai yang datang menziarahi terpaksa jalan kaki lebih dua kilometer kerana jalan ditutup untuk memudahkan pergerakan, lapor The Malaysian Insider.

Enam buah bas ulang-alik disediakan di Stadium Sultan Mohamad untuk membawa orang ramai ke Pulau Melaka untuk menziarahi jenazah.

12 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Tok Guru Nik Aziz

Nik_Abdul_Aziz
Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan pengikut Tok Guru Nik Aziz atas pemergian beliau pada jam 9.45 malam semalam.
Syukur Alhamdulillah jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz telah selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Apa yang mengharukan, majlis pengkebumian Allahyarham telah dihadiri oleh selautan umat manusia yang benar-benar menangisi pemergian beliau. MasyaAllah, sesungguhnya amat besar kemuliaan yang Allah S.W.T berikan kepada Tok Guru Nik Aziz.
OBJECT NAME
Bagi yang masih belum mengenali keperibadian TGNA, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk membacanya di bawah ini.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

nik-aziz2
Nama sebenar beliau ialah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.
Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Salasilah Keluarga Ulama

nik2
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara.

Mendalami Ilmu Agama Sejak Kecil

nik aziz+abby
Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pemegang Ijazah Sarjana Kehakiman & Perundangan Islam

mg_9868
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Buka Sekolah Dengan Tanah Wakaf

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka.
Beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin pada sebelah pagi dan petang. Manakala, sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Seorang Ahli Politik & Pemimpin Yang Hebat

Tokguru1
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
“Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati oleh semua kaum kerana hujah-hujah beliau dapat mengangkat politik perkauman sehingga dapat melangkaui pertelingkahan di kalangan rakyat Malaysia dengan menunjukkan nilai-nilai agama Islam adalah konsep universal yang akan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia” – Ahli Parlimen Batu, Tian Chua

Pendakwah Yang Petah Bercakap

Nik-Aziz-ceramah-13042013-SSF
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Aktif Dengan Pondok Bergerak

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Berkahwin Pada Usia 34 Tahun & Dikurniakan 10 Anak

166577_478770772591_358919387591_6438190_4929093_n
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Gemar Bersolat Dalam Keadaan Gelap

mg_9999
Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya – Kembara Di Bumi Allah

Gemar Berqiamullail

Perkara ini diceritakan oleh seorang individu di laman blognya. Ketika itu dia dan kawan-kawan menyertai rombongan mengiringi TGNA ke Birmingham dan bermalam di Coventry.
Malam itu semua orang tidur dalam keadaan letih. Tanpa diduga, tidak lama menjelang subuh, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggerak kami, memaklumkan yang beliau berqiamullail dan jika ada yang mahu bersama, beliau alu-alukan.
Semasa bersarapan, saya bertanya kepada Tuan Guru, bagaimana beliau boleh bangun berqiamullail walaupun berbeza waktu antara Malaysia dan UK. Adakah kerana jetlag, atau beliau tidak tidur sepanjang malam? Tuan Guru menjawab dengan lebih kurang maksudnya, “satu-satu benda tu, apabila kita dah suka, kita pergi mana pun dia ikut kita”. – Saifulislam.com

“Jika tidak berpolitik ambo nak sambung mengaji” – TGNA

Di dalam entri yang sama turut diselitkan ini:
Semasa beliau singgah di London, saya bertanya kepada Tuan Guru satu soalan yang sensitif. Saya tanya, “Kalau Tuan Guru tidak menjadi Menteri Besar atau ahli politik, apakah yang akan Tuan Guru lakukan barangkali?”
Tuan Guru menjawab, “Ambo suka mengaji. Jika tidak berpolitik ambo nak sambung mengaji. Tetapi mengaji dan politik payah nak buat bersama. Sepertinya kena memilih satu antara dua.”
51423750967_620x300
Kami doakan agar roh Allahyarham Nik Aziz dicucuri rahmat dan moga ditempatkan bersama para ahli Syurga. Amin.

Sumber: Facebook

3 Tanda-Tanda Kiamat Besar Telah Berlaku - Ulamak Mesir

kiamat kubra makin dekat. Demikian kesimpulan Syaikh Dr Ali Gomaa setelah melihat tiga tanda kiamat kubra. Dalam sebuah peristiwa televisyen baru-baru ini, bekas Mufti Mesir itu menyatakan bahawa tiga tanda bermulanya kiamat kubra sudah kelihatan dan berlaku.

Tanda pertama yang disebut Ali Gomaa seperti dipetik media Arab Albadee.net via bersamadakwah.net adalah kekeringan yang melanda daerah Nakhl Baisan di Syam yang apabila ini diduduki oleh Israel.

Tanda kedua menurut Ali Gomaa adalah surutnya Tasik Tiberias. Tasik yang menjadi sumber utama air bersih bagi Israel itu mula mengering pada 2012 lalu. Kerajaan Israel berasa bimbang kerana tasik Tiberias diramalkan hanya akan bertahan sepuluh tahun.



Ulama Mesir Akui ini Tanda-tanda Kiamat - Ali-Gomaa-aawsatdotnet-640x411.jpg
Ali Gomaa

Pada 2022, tasik itu diramal akan benar-benar kering dan tidak boleh diambil airnya. Oleh itu sekarang Israel mencari sumber air di wilayah Lubnan.

Tanda ketiga menurut Ali Gomaa adalah surutnya mata air Zaghar. Mata air Zaghar terletak di sebuah kampung di dekat Laut Mati di Jordan. Seperti tasik Tiberias, mata air Zaghar juga sudah mulai surut.

Walaupun disebut makin dekat, tidak ada satu pun ulama yang berani memastikan bila kiamat kubra akan datang. Termasuk Ali Gomaa sendiri.

Bahkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak dapat memastikan bila terjadinya kiamat kubra. Ketika Malaikat Jibril datang bertanya kepada beliau, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab "yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya
sumber

Friday 13 February 2015

Video: Raja Bomoh Dakwa Ada Pihak Hantar Hantu Raya Untuk Bunuh Anwar

Raja Bomoh
Sungai Buloh – Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, beliau mendapat alamat ada pihak tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar.



“Saya mendapat alamat, ada orang mengunakan ilmu sihir, (dengan perantaraan) hantu raya bagi membunuh Datuk Seri Anwar.

“(Disebabkan itu) ada pihak tertentu telah meminta saya uintuk menghalang cubaan jahat tersebut” katanya kepada SuaraTV sejurus selepas mengadakan upacara menghalau gangguan makhluk halus itu.

Ibrahim ketika ditemui di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buluh turut berdoakan keselamatan Anwar dari sebarang gangguan yang tidak diinggini.

Di dalam upacara menghalau ‘hantu raya’ pentang tadi, Ibrahim turut mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik menghalau hantu raya selain teropong buluh dan dua biji buah kelapa.

Tindakan Ibrahim itu turut mengundang perhatian orang ramai yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar.

Terdahulu Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak bersalah sambil menyifatkan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik.

Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.

Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin  berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan  Saiful adalah berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu.

Ketua Hakim turut mengumumkan bahawa permohonan pendakwaraya untuk menambah hukuman penjara Anwar kepada sekurang-kurangnya enam tahun ditolak.

Sebaliknya Arifin berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Awal minggu ini Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau hanya akan menganggap badan kehakiman bebas jika beliau dibebaskan.

sumber

Tok Guru Nik Aziz yang luar biasa, penuh tawaduk






PERSONALITI: Sebagai seorang wartawan separa-veteran, amat jarang saya mengkagumi seorang politikus. Benar, ramai yang saya hormat dan ada juga yang dipandang tinggi, namun secara umum saya tidaklah terlalu ambil pusing tentang mereka.

Namun ada sebilangan kecil, dan khususnya seorang sosok yang telah menegaskan kepercayaan saya terhadap mereka, golongan yang memerlukan undi kita untuk dipilih mentadbir dan memimpin, kalau pun tidak sebenar-benarnya berkhidmat kepada rakyat.

Walaupun belum sampai sedekad saya menjadi wartawan, hampir sepanjang tempoh itu telah didedikasikan untuk membuat liputan dan laporan tentang politik Malaysia.

Sudah banyak perkara yang saya lihat dan alami. Saya menjadi penat dan bosan, sudah terlalu biasa dengan kekecewaan, ketidakjujuran, cakap kosong dan buruk-memburuk daripada watak-watak politik yang kita kenal.

Saya mungkin menjadi mangsa kepada penyakit yang biasa dihadapi mereka yang cukup dekat untuk melihat sendiri kesilapan-kesilapan kecil di tembok kekuasaan, yang menjadikan seseorang itu sebagai sinis yang pesimistik.

Namun ada seorang insan di kalangan ramai dalam dunia politik yang tegap berdiri di tengah-tengah kancahnya, yang mengembalikan kepercayaan saya terhadap politikus, walau pun tidak semua.

Insan itu adalah Datuk Nik Aziz Nik Mat, seorang daripada sebilangan tokoh yang setakat ini gagal memenuhi jangkaan sinikal saya tentang politikus. Beliau adalah Mursyidul Am PAS, bekas Menteri Besar Kelantan dan masih sebagai Adun Chempaka.

Seperti kata-kata editor saya, beliau adalah politikus Melayu yang sukar lagi untuk dilihat pada masa ini, benar-benar luar biasa dan tiada duanya.

Tidaklah sehingga mencetuskan sentimen “Politikus Melayu hebat terakhir”, namun mungkin tidak terlalu jauh daripadanya.

Ada sesuatu dalam gayanya yang membawa kita ke zaman dahulu. Di saat yang telah dilupakan dan malah mungkin sehigga saat sahabat Nabi Muhammad SAW dan gambaran kepimpinan yang dicetuskan mereka.

Satu zaman…

Di saat pemimpin tidak terlalu bongkak dan beromong kosong.

Di saat pemimpin berkata-kata dengan lembut dan baik.

Di saat pemimpin melangkaui permainan politik murahan yang biasa.

Di saat hidup mereka bukan sahaja didedikasikan kepada rakyat terbanyak, tetapi memang dilihat begitu.

Di saat politikus lain hidup jauh lebih selesa selepas mendaki tangga politik, Nik Aziz terus dengan gaya hidup sederhana.

Beliau bahagia di rumah kampung, walaupun ketika berjawatan besar dan mendapat kediaman rasmi. Memandu kereta lama, walaupun beliau boleh mendapat kereta mewah hanya dengan menyatakannya.

Ketika politikus lain memiliki gambar mereka yang penuh gaya di dalam dan luar negara, diiringi pengiring rasmi dan polis walaupun ketika urusan peribadi, Nik Aziz menjalani hidup dengan tawaduk.

Gambar dirinya yang diambil rakyat dan dimuat naik di internet langsung tidak menunjukkan gaya seorang politikus yang memegang kuasa.

Tiada gambarnya bercuti di pusat beli belah dan taman tema luar negara, bermain golf dengan Presiden negara luar atau menganjurkan majlis mahal di tempat yang juga mahal.

Yang ada hanya gambar beliau bersolat, berehat atau pun tidur di masjid, atau berjalan kaki ke masjid berhampiran rumahnya. Juga ketika membeli makanan dan minuman di warung tepi jalan, atau membacakan doa kepada bayi yang baru lahir apabila ibubapa datang berjumpa dengan beliau.

Gambar-gambar yang ada hanya menunjukkan seorang lelaki berumur yang hidup biasa, kecuali pakain rasminya ketika di pejabat. Malah, itu pun tidak cukup gah seperti yang sering dilihat.

Ketika mengundi sewaktu pilihan raya, beliau beratur menunggu giliran seperti orang lain.

Cukup banyak kisah tentang kehidupan dan gaya rendah dirinya di alam maya, serta yang tersebar dari mulut ke mulut oleh mereka yang pernah bertemu mata dengannya.

Satu kisah yang menjadi viral berhubung seorang individu yang berhadapan masalah apabila keretanya rosak di Kelantan. Beliau kemudian dibantu seorang lelaki berumur yang memandu kereta lama. Lelaki berumur itu menghubungi mekanik dan, menurut kisah itu, turut meminjamkan keretanya.

Hanya selepas diberitahu mekanik yang baru tiba, individu itu mengetahui bahawa lelaki berumur yang membantunya adalah Nik Aziz, Menteri Besar negeri itu.

Walaupun ada kisah serupa melibatkan politikus lain, serta gambar mereka yang penuh rendah diri dan berkhidmat kepada rakyat, saya sering menemui unsur jenaka di dalamnya.

Namun dengan Nik Aziz, deria jenaka saya tidak pernah terjentik, dan mata saya yang mampu mengesan helah politikus tidak mendapati apa-apa niat tersembunyi.

Sememangnya gaya penuh teladan itu telah menjadikannya seorang insan yang sering dipandang tinggi bukan sahaja oleh orang Islam, tetapi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Ada yang harus diperkatakan tentang bagaimana tingginya penghormatan kepada beliau. Gelaran “Tok Guru”-nya – satu gelaran yang membawa penghormatan yang tidak dimiliki ramai.

Mungkin salah satu sebab adalah cara hidupnya, tidak seperti kebanyakan politikus dan pemimpin yang sering berkata-kata tentang perjuangan namun tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

Jika saya tidak mencapai apa-apa dalam kehidupan, saya hanya berharap mampu mengikut jejak langkahnya untuk berpegang kepada prinsip saya, seperti mana beliau berpegang kepada prinsipnya.

Terutama dalam kerjaya yang memerlukan saya berhujah tentang baik dan buruk, benar dan salah pihak lain. Memang mudah untuk memuntahkan retorik dengan penuh api namun pada masa sama tidak jujur dan serius tentang apa yang dikatakan…atau mengamalnya sendiri.

Kepada Tok Guru yang paling dihormati, saya berdoa kepada Allah SWT agar beliau yang kini dalam keadaan lemah kembali sembuh dengan segera. Malaysia perlukan Tok Guru, dan tidak akan ada lagi tokoh seperti Nik Aziz Nik Mat.



sumber

Pesanan Pertama Tok Guru Nik Aziz Ketika Neelofa Bertemu Dengan Beliau

Neelofa telah bermimpi bertemu Tok Guru semasa 27 Ramadhan yang lalu. Di dalam mimpi itu, Neelofa berada di dalam sebuah masjid berpermaidani warna hijau. Neelofa duduk bersila bertentangan dengan Tok Guru Nik Aziz dan bercakap dengannya. Tetapi apa yang dicakapkan itu, Neelofa tidak tahu. Lalu, dia terus tersedar dalam keadaan hati berdebar dan terus menghubungi orang yang boleh menemukannya dengan Tok Guru.
Pada hari raya, Neelofa mendapat kesempatan bertemu dengan Tok Guru.
neelofa-dan-tok-guru-nik-aziz
Pesanan pertama Tok Guru semasa sesi perjumpaan itu ialah:
“Dunia ini hanya pinjaman Allah SWT kepada kita.  Apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu makan, apa yang kamu pakai sekarang, rumah dan kereta kamu hanyalah pinjaman dari Allah. Semua orang bila melalui hari-hari seharian tidak sedar bahawa segala apa kepunyaan kita adalah kepunyaan Allah. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.” kata Neelofa.

KLIK DISINI UNTUK MENONTON VIDEO  

Pesanan sayu Tuan Guru Nik Abdul Aziz paling menyentuh hati


Malam tadi, kita dikejutkan dengan pemergian pemimpin terulung negara, Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tiada siapa menyangka berita menyedihkan seperti in berlaku pada saat-saat begini. Apapun, kami harap keluarga Allahyarham terus tabah dan cekal hati.

Awal pagi hari ini, kelihatan orang ramai hadir ke rumah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin ulung itu.

Makluman terkini jam 11.55 malam:

1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.
2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg.
3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal.
Berikut ialah antara kata-kata dari Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyentuh hati kami dan korang semua.

4 Gambar terkini Nadia AF6, bakal tunang Hafiz yang superseksi


Pasangan hebat, Nadia AF6 dan Hafiz bakal bertunang pada April ini secara sederhana dengan hanya dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan.

Penyanyi Nadia AF 6 bakal mengikat tali pertunangan pada 18 April depan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang penolong pengurus di sebuah gimnasium bernama Hafiz Hamdan, 28. Nadia atau nama sebenarnya Haswani Hasnan, 25, berkata, dia kini sedang sibuk membuat beberapa persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung itu.
“Alhamdullah, saya akan bertunang pada 18 April ini bersama kekasih saya iaitu Hafiz Hamdan dan berkahwin mungkin pada Disember depan. Sekarang sedang buat persiapan pertunangan untuk jemputan seramai 100 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan media.”

Imej Nadia semasa di awal kemunculannya dalam Akademi Fantasia musim keenam.

Tambah Nadia, keputusan tersebut dibuat selepas merasakan ia adalah masa yang paling sesuai untuk dia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sementara itu, Nadia berkata, dia bakal bersiaran sebagai pengacara sukan di saluran Astro Arena tidak lama lagi.

Malah dia menganggap tanggungjawab sebagai pengacara rancangan sukan sebagai satu cabaran baharu buat dirinya.
“Saya akan bersama Astro Arena sebagai pengacara Sorotan 12 yang bakal bersiaran tidak lama lagi. Saya hadiri uji bakat itu dan tidak sangka terpilih kerana saya akui pengetahuan dalam bidang sukan tidak terlalu luas berbanding calon lain yang hadir temuduga. Namun, mungkin mereka melihat keyakinan saya dalam mengacara rancangan tersebut dengan baik.”

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Kamu Aku Satu ciptaan Farah Asyikin - Portal Budiey.



Thursday 12 February 2015

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat




Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
ALFATIHAH

TERSENTUH HATI... Azwan Ali Dedah Kisah Kemenangan Kumpulan Zero...

#Dari awal lagi, Azwan Ali sudah meramalkan bahawa Zero akan menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Ternyata ramalan Azwan Ali benar belaka....



#Apabila ditanya mengapa Azwan Ali siang-siang lagi sudah meramalkan Zero sebagai juara MLM2014, jawapannya yang diberikan Azwan cukup mudah.....



#Kata Azwan Ali: "Zero memang sesuatu dan saya mula melihat mereka sesuatu terutama sekali Saiful sejak 3 tahun yang lepas. Masa itu, saya didik mereka untuk sebuah drama di RTM berjudul 3 Abdul yang mengisahkan Saiful menjadi mak nyah dan berkawan dengan Sharifah Sakinah - seorang pengkid....

#"Saya juga adalah pengarah dan penulis skrip drama tersebut. Malangnya, drama tersebut teah ditolak oleh RTM serta tidak dapat disiarkan berikutan isu pelawak mengenakan baju wanita yang ketika itu telah telah mencetuskan kontroversi di dalam negara....

 #"Tapi, ketika itu saya reda dengan penolakan drama tersebut. Nak buat macam mana, tidak ada rezeki saya dengan barisan pelakon 3 abdul termasuklah Zero pada ketika itu," kata Azwan Ali kepada Portal Murai....


#Menurut Azwan Ali lagi, sepanjang mengenali Zero pada ketika itu, dia dapat melihat sendiri kesukaran serta kepayahan yang terpaksa dilalui oleh kumpulan lawak 3 beradik itu demi menempatkan diri mereka di dalam industri hiburan tanah air....

Artikel Terbaru : BAYARAN MEWAH! WARTAWAN DEDAH PERANGAI SEBENAR JEP SEPAHTU!

#"Mereka memang merangkak untuk cari rezeki dan untuk survived. Seringkali mereka mengadu dengan saya pelbagai perkara terutama bagaimana untuk mencari peluang di dalam industri ini....

#"Saya sering memdengar luahan mereka dan pada waktu yang sama turut sama membantu membakar semangat mereka untuk berjuang.....

#"Melihat persembahan mereka di final MLM 2014, aku yakin mereka akan menang. Bayangkan dalam ramai-ramai peserta, mereka telah melakukan persembahan tarian Naga....

#"Walaupun mereka mengambil budaya Cina di dalam persembahan mereka itu tapi mereka santat profesional dan langsung tak mecemarkan sensitiviti masyarakat Cina. Bagi saya mereka memang layak untuk menang....

#"Kemenangan mereka itu juga bagi saya adalah satu ludahan buat pelawak2 sedia ada yang selama ini berangan serta berasakan mereka hebat.....



#"Dan kepada Zero, bila dah ada di puncak, janganlah lupa rumput yang ada di bumi. Jangan lupa diri dan korang asal susah jangan sekali-kali lupa asal-usul korang," kata Azwan Ali lagi....

#Sumber asal : Portal Murai..

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi.



انا لله وانا اليه راجعون
Bismillah...
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan meninggal pada jam 9.45 malam ini.
Meninggalnya beliau di malam Jumaat. Moga Allah rahmati rohnya di kalangan yang beramal soleh di syurga Firdaus.
Al-Fatihah

10 Gambar wajah anak sulung Aidil Zafuan dan Zarema Zainal kini didedahkan


Sejak bersalin pada 5 Februari lalu, pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal belum pernah mendedahkan anak sulung mereka yang diberi nama Ayden Zeeyad.

Bagaimanapun, hari ini melalui sumber rotikaya, beberapa keping gambar wajah Ayden telah dikongsikan untuk tatapan umum.


Berita kelahiran anak pertama pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal disambut para peminat pemain bolasepak untuk Johor Darul Takzim (JDT) ini dan ramai juga teruja apabila sekali lagi Aidil Zafuan dikurniakan cahayamata lelaki.

Menurut sumber kami sebelum ini, Zarema Zainal telah selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di Klang beberapa hari lalu dan hari ini kami menerima beberapa keping gambar sekitar fotografi kelahiran baru ini.

Camora Arts yang mengirimkan e-mail berkata sesi fotografi ini dijalankan hanya selepas lima hari kelahiran Ayden Zeeyad, oh ya, itu nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada anak sulung mereka. Ringkas dan senang disebut.

Ini merupakan buat pertama kalinya pasangan Aidil Zafuan & Zarema Zainal mendedahkan wajah anak mereka kepada umum dan menurut jurugambar, mereka ketengahkan konsep dongeng (fairy tales) untuk sesi fotografi kali ini - Rotikaya