Pages

Thursday 31 July 2014

Wanita Gergasi Dari Jerman Dengan Ketinggian Luar Biasa

Caroline Welz yang dilahirkan di 6 Julai 1986 dengan ketinggian 6 kaki 9 inci (2.06 m tinggi) dan wanita yang tertinggi di Jerman (salah satu wanita tertinggi di dunia).






View the original article here

ARTICLE : BENTUK MUKA DAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI

Tidak ada yang lebih teruk daripada mendapati rambut anda tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Kita sedia maklum Trend dan gaya  rambut berubah sepanjang masa, namun bukan semua gaya dan potongan rambut sesuai dengan semua orang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil kira apabila memilih gaya dan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita.

Sesetengah lelaki akan mengambil gambar dan mengubah sedikit  bentuk muka mereka dengan menggunakan aplikasi dan software di dalam smartphone dan seterusnya memuatnaik gambar yang telah diubah itu ke dalam akaun facebook mereka.  Majoriti akan mahu mewujudkan kesan daripada bentuk muka yang lebih menarik seperti bentuk  muka yang lebih panjang dan pipi yang cengkung untuk mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Ramai yang di antara kita datang ke salon dengan  membawa gambar atau membelek majalah yang disediakan untuk dijadikan panduan untuk potongan atau gaya rambut mereka. Tahukah anda ada di antara idea-idea tersebut tidak sesuai dengan bentuk wajah kita. Jadi, adalah amat  penting untuk kita berbincang terlebih dahulu dengan stylist atau pendandan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kita tidak mahu apabila sudah selesai memotong rambut potongan dan gaya yang terhasil tidak seperti yang diharapkan dan menyebabkan kita malu dengan rambut kita sendiri.
JENIS-JENIS BENTUK MUKA DAN CADANGAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI.
BENTUK MUKA BUJUR / OVAL FACE SHAPE
Bentuk muka ini dianggap sebagai bentuk muka yang sesuai dengan wanita, tetapi jarang lelaki memiliki bentuk muka ini. Muka bujur umumnya adalah sesuai dengan mana-mana gaya rambut dalam sebarang bentuk mahupun pendek atau panjang, kerana ia adalah berkadar seimbang. Bukan sahaja anda boleh memakai  pelbagai  bentuk cermin mata hitam yang anda suka, tetapi anda juga mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengan rambut anda.

Satu-satunya perkara yang perlu anda elak adalah membiarkan pinggir rambut anda panjang, kerana ini boleh membuat wajah anda kelihatan bulat. Bentuk kepala yang bujur membolehkan mereka  menggayakan rambut menyikat ke atas dari dahi dan juga anda boleh memotong gaya panjang atau pendek.
  
CONTOH STYLE
BENTUK MUKA PERSEGI / SQUARE FACE SHAPE
Seorang lelaki yang mempunyi bentuk muka persegi dianggap kuat dan maskulin. Apabila mereka memotong rambut mereka, majoriti gaya mereka pilih adalah squarer dan banyak  bersudut daripada wanita.

Rahang yang kuat adalah ciri yang terselah bagi wajah persegi, yang membuat muka kelihatan kuat dalam penampilan. Sama seperti bujur, bentuk muka persegi sesuai dengan pelbagai gaya, tetapi rambut di sekitar garis rambut selalunya boleh kelihatan lebih baik jika ia adalah lebih lembut di tepi.

Rambut pendek kelihatan hebat dan benar-benar meningkatkan ciri-ciri wajah - ia bergantung kepada sama ada anda mahu muka atau rambut anda menjadi tarikan utama.
CONTOH STYLE
BENTUK MUKA BUJUR PANJANG / OBLONG FACE SHAPE


Bentuk muka ini adalah lebih panjang daripada muka bujur.

Cuba untuk mengelak daripada mengambil sisi terlalu singkat jika anda mahu menyimpan rambut panjang di atas, kerana ini akan menyerlahkan panjang muka dan membuat ia kelihatan lebih bujur lagi. Bentuk muka ini sesuai mempunyai rambut yang digayakan ke muka untuk mengurangkan kemunculan muka yang panjang dan mengekalkan keseimbangan.
 
 
   
CONTOH STYLE
 
BENTUK MUKA BULAT / ROUND FACE SHAPE
Memilih gaya rambut untuk muka berbentuk bulat bergantung sepenuhnya kepada apa ciri-ciri / kawasan seseorang individu itu ingin tunjukkan atau menyembunyikan.

Muka berbentuk bulat tidak mempunyai sudut, oleh itu adalah penting untuk memilih gaya rambut yang dipotong setengah pendek dengan sisi yang pendek  atau potongan menegak dengan sedikit tinggi dan sisi juga pendek. Ia tidak perlu menjadi rambut spike. Ini dapat menyembunyikan muka anda yang bulat.

Cuba elakkan memotong dengan pinggir tajam kerana ianya hanya menyerlahkan bentuk bulat semulajadi bentuk muka anda. Yang pentingnya potong sisi rambut anda dengan potongan pendek untuk membantu menangani muka menjadi semakin bulat.
CONTOH STYLE
MUKA BERBENTUK BERLIAN / DIAMOND FACE SHAPE
Lelaki dengan bentuk muka berlian mempunyai pipi menonjol dan dahi agak sempit dan begitu juga dengan dagu.

Elakkan potongan terlalu tipis di tepi kerana ini akan membuat telinga seperti terkeluar. Juga anda mesti mengelak gaya rambut terlalu lurus. Biarkan ianya kelihatan lebih semula jadi dan berombak kerana akan melembutkan ciri-ciri wajah anda,

CONTOH STYLE



MUKA BENTUK HATI / HEART FACE SHAPE
muka berbentuk hati adalah hampir serupa dengan bentuk muka berlian, anda dicadangkan mengekalkan gaya rambut yang lebih panjang.

Gaya rambut pendek akan menyerlahkan bahagian atas muka. Satu cara terbaik untuk mengimbangi wajah berbentuk hati adalah dengan menyimpan janggut pendek. Ini akan membantu mengekalkan nisbah antara bahagian atas dan bawah muka.

Jika anda memutuskan untuk memotong dengan gaya yang lebih pendek, pastikan anda memotong rambut persegi bagi mengimbangi bentuk muka.
CONTOH STYLE

MUKA BERBENTUK HAMPIR TIGA SEGI / TRIANGULAR FACE SHAPE
Bertentangan dengan wajah berbentuk hati, lelaki dengan bentuk ini mempunyai rahang yang luas dan dahi sempit.

Malangnya, ia adalah amat sukar untuk memilih gaya rambut untuk bentuk wajah ini. Anda dicadangkan memotong dengan gaya rambut yang lebih panjang tetapi dengan banyak lapisan untuk menambah lebar kepala anda. Sedikit potongan pendek di sisi juga boleh membantu melembutkan bayang.

Jika anda menggayakan rambut anda panjang dengan bentuk muka ini, cuba untuk elakkan layyer terlalu banyak di seluruh muka kerana ini hanya akan menyerlahkan rahang itu.

CONTOH STYLE


PENUTUP
Kesimpulannya, pastikan anda benar-benar tahu bentuk muka anda dan pastikan gaya dan potongan rambut yang anda ingin hasilkan bersesuaian dengan bentuk muka anda.

Seperti biasa, nasihat yang terbaik yang boleh diberikan adalah minta profesional (stylist anda) gaya rambut apa yang mereka fikir akan sesuai dengan bentuk wajah tertentu anda, kerana kebanyakan mereka akan mempunyai pengetahuan yang hebat tentang potong yang anda perlukan untuk menyerlahkan ciri-ciri tertentu dan membantu anda kelihatan  terbaik.


sumber 

GEMPAR! - NASA MENGELUARKAN KENYATAAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT

OH! TERBAIK - Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.




NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Kalau korang nak tau sewaktu berlakunya Bencana Tsunami di Jepun telah melajukan putaran bumi .



TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.


Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.



Kredit sahabat di TAOTAUAJER

Pengacara Tayang Anu Tak Pakai Seluar Dalam Depan Perdana Menteri Serbia ( Video )



full video http://akustressgiler.blogspot.com/2013/01/wtf-video-pengacara-tayang-dia-tak.html

Gambar Sambutan Hari Raya Di Gaza





KUALA LUMPUR: Masyarakat Palestin di sini akan menyambut Aidilfitri dalam suasana suram susulan operasi ketenteraan Israel di  Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang.

Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Mohammad Alherbawi berkata sekurang-kurangnya lapan anggota masyarakat Palestin di sini kehilangan keluarga kerana terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

"Jentera perang Israel menyebabkan kami tidak dapat menikmati kegembiraan pada hari yang mulia ini.

"Bagaimanapun, kami masih menyambut Aidilfitri dan berkumpul untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Palestin berhak untuk hidup seperti rakyat di negara lain di dunia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata anggota masyarakat itu akan berkumpul untuk acara kecil-kecilan yang menampilkan ceramah dan sesi khusus untuk kanak-kanak.

Terdapat kira-kira 3,000 orang Palestin di Malaysia ketika ini, katanya.

Sementara itu, Muslim Imran, yang menetap di Malaysia kira-kira 10 tahun, mengaku bukan mudah untuk masyarakat Palestin menikmati 'kuih raya' apabila rakan senegara mereka dibunuh beramai-ramai oleh rejim zionis.

"Kebanyakan rakyat Palestin di sini memutuskan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini akan diadakan secara kecil-kecilan atau dibatalkan," kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PCOM.

Beliau berkata satu majlis khas mungkin dianjurkan bagi keluarga mereka yang terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

Pengarah Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia Mohammad Makram Balawi pula mengutuk Tel Aviv kerana melancarkan serangan pada bulan Ramadan sehingga menyebabkan bulan mulia ini dicemari dengan darah rakyat yang tidak berdosa.

"Saya menaruh harapan agar kanak-kanak kami sekali lagi akan dapat menyambut Aidilfitri di sebuah negara Palestin yang bebas, dan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dapat kembali ke tanah air.
"Ia akan menjadi saat yang paling gembira untuk kami semua," katanya.

Beliau merupakan penuntut sebuah universiti di sini di peringkat doktor falsafah dan telah menetap di Malaysia sejak lima tahun lepas bersama isteri serta anak-anaknya. Awani









View the original article here

Fesyen gaun paras dada Diana Danielle amat mengejutkan peminat di facebook

Pelakon jelita, Diana Danielle sememangnya terkenal dengan penampilan seksinya ketika menghadiri mana-mana majlis berprestij di dalam industri hiburan tempatan.

Buktinya, pada pembukaan butik Dior di Starhill, Kuala Lumpur empat minggu lalu, Diana tampil dengan memperagakan busana paras dada ketat berwarna hitam yang amat memukau.

Walaupun ia sekadar memenuhi konsep pemakaian dalam majlis tersebut namun isteri Farid Kamil itu masih menerima kritikan pedas dari peminat di laman facebook selepas gambarnya telah dikongsikan oleh sebuah page terkenal di Malaysia.




Hukum Isteri Menghisap Zakar Suami




Soalan
Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.

Jawapan
Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-


Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.


Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.


Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.


KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...
Sekian

sumber

Video: Remaja Mabuk Ganggu Pekerja Mcdonalds


 Dua orang remaja lelaki dari  Burnley, Lancashire mungkin bakal dikenakan tindakan undang-undang  apabila video mereka mengganggu pekerja wanita di restoran makanan segera McDonalds mula tersebar luas di Internet sejak semalam.



Ben Hall dan Joel Melia yang ketika itu sedang mabuk telah dirakam mengganggu pekerja wanita restoran makanan segera itu dengan memukulnya menggunakan tiub foam.

Biarpun video tersebut sudah tersebar dan mendapat kritikan ramai, kedua-dua remaja ini menganggap pekerja restoran berkenaan memberikan reaksi berlebih-lebihan.

Ben Hall pula menyifatkan tindakan pekerja wanita itu menghalau mereka keluar dari restoran sudah cukup adil buat mereka dan tidak perlu diperbesarkan.
View the original article here

Video : Gadis Melayu Bertudung Mendapat Kecaman Kerana Cara Pemakaian Yang Salah

HATI-HATI BELI TELEFON DI PLAZA LOW YAT


HATI-HATI BELI TELEFON DI PLAZA LOW YAT | Tidak dinafikan, ramai yang teruja apabila ingin membeli telefon baru. Disini kami dedahkan apa yang telah berlaku kepada rakan-rakan kita semasa membeli telefon di plaza Low Yat.
-
-
HATI-HATI BELI TELEFON DI PLAZA LOW YAT

Diharapkan dengan pendedahan ini, kita semua akan berhati-hati apabila beli telefon di Plaza Low Yat.





 

Wednesday 30 July 2014

10 Gambar Model Baru Perodua Viva 2014 Dari Kilang

10 Gambar Model Baru Perodua Viva 2014 Dari Kilang | Tiba masanya untuk Perodua mengeluarkan model baru untuk menggantikan Viva yang telahpun 7 tahun berada di pasaran. Kemunculan model kereta Daihatsu Ayla di Malaysia pada Februari tahun ini hangat diperkatakan kononnya bakal menggantikan Perodua Viva. Ditambah pula dengan kenyataan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid yang sebelum ini pernah mendedahkan bahawa akan ada model baru dikeluarkan pada tahun 2014 ini. Harga (tidak sahih) bagi model baru ini dikatakan bermula dari RM27,000 sehingga RM42,000. Jom cuci mata melihat 10 gambar model baru Perodua Viva ini.
1
2 3
4
5 6
7 8
9 10

Mendiang Nenek Kirim Gambar Selfie Dari Dalam Kubur

Mendiang Nenek Kirim Gambar Selfie Dari Dalam Kubur | SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari ‘kubur’ dengan mengirimkan gambar selfie. Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum ‘di dalam kehidupan lain’.
nenek-selfie
“Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit,” katanya. Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.
Tambahnya: “Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.
Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. – metro.co.uk

Lelaki Cina Tendang Muka Remaja Melayu!



Susulan tersebarnya video lelaki cina menyepak muka remaja Melayu kerana ditangkap mencuri..hari ini Ketua Polis Negara telah memberi maklum balas di ruangan Twitternya....

Untuk pengetahuan semua, kejadian ini berlaku di Taman Dagang Ampang pada bulan Februari dan video tersebut telah diviralkan di media sosial pada hari yang sama tetapi polis Malaysia amnya dan Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar diberitakan tak pernah peduli dengan isu ini. Mungkinkah mereka cuba menghalalkan perbuatan salah laku Cina ini kepada bangsa Melayu tetapi mereka tak rela dan tak halal kalau perempuan melayu terakhir mengherdik lelaki tua Cina baru-baru ini.

Kita akui pemuda Melayu ini bersalah tetapi sebagai menghormati kedaulatan undang-undang kita sewajarnya menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Kekadang terfikir sendiri apakah perlu untuk membelakangi pihak polis kerana mereka seolah-olah tidak lagi jujur dan amanah serta adil dalam menjalankan tugas mereka. Pemuda dalam video ini terpaksa menjalani pembedahan hidung dan lelaki Cina itu terus bebas begitu saja. Dalam erti kata lain tak siapa pedulikan tindakan kejam lelaki Cina ini dan budak lelaki itu dipenjarakan 1 setengah tahun kerana kesalahan mencuri. 

Secara tuntasnya, kes Kiki Kamaruddin selesai diambil tindakan serta pendakwaan dalam masa seminggu tetapi kes Cina yang mengambil undang-undang rimba ini terus diabaikan MUNGKIN kerana tiada LAPORAN POLIS

Selepas mendapat reaksi kurang senang..KPN dan PDRM memberi maklum balas di bawah...



Bagi membantu pihak Polis..aku sertakan gambar suspek..awas..lelaki ni merbahaya....