Pages

Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Tuesday 15 July 2014

Thursday 26 June 2014

Foto Bikin PANAS Gadis Melayu : Bertudung Tu Bertudung Dah Tapi . . . . .






Agama Islam menuntut setiap umatnya menutup aurat bagi menjaga kehormatan terutamanya kaum hawa ini yang kita lihat pada masa ini sering mengabaikan tanggungjawab mereka itu. Fesyen-fesyen pakaian yang ada pada masa kini kian pelik-pelik sehinggakan nampak seperti menutup aurat tapi tidak sebenarnya. Admin pun payah rasa nak tulis camtu ja, mesti semua tak faham punya. Nak menjelaskan lagi situasi ini jom kita tengok gambar-gambar di bawah ini.


















Tengoklah apa yang jadi? Sama ada anda perasan ataupun buat-buat tak perasan tak tahu la kan. Tapi apa yang admin perasaan diorang ni semua pakai tudung sebagai syarat saja. Hakikatnya ibarat orang kata pakai tudung litup tapi telanjang. . . .nauzubillah



View the original article here

Video PANAS!!! Awek Melayu KL Sebelum "Projek"


Zaman sekarang ni nak glamer bukan main senang kan. Upload ja video yang panas-panas sikit kat You Tube ke laman sosial pasti jadi terkenal satu Malaysia punya lah. Tambah pula ada adegan melampau sebagai 'penambah perasa', konfem meletop satu Malaysia ni. Admin ada satu contoh video awek dari kl nun di sana yang tah perasan cun ke apa tapi hakikatnya gedik + tak malu!! Murah pulak tu. Macam 2 singgit gitu ar. Mari tengok video yang dikongsikan admin di bawah ni.






Projek!!! Projek ape gini kan? Projek diorang nak gi PD je jumpa mak diorang. . .tu pun nak kecoh!! Apa punya orang. . .saja nak cari publisiti murahan . . . ceh Melayu kite . . . 







View the original article here

Sunday 18 May 2014

Biodata Dyana Sofya, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang

Biodata Dyana Sofya, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang - Sejak penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah menerima kecaman teruk dari masyarakat.



Ini merupakan rentetan kepada tomahan yang diterima Dyana Sofya selepas menyertai parti DAP tahun lalu dan menjadi wanita melayu pertama dilantik sebagai setiausaha politik kepada penasihat parti itu, Lim Kit Siang. 



Difahamkan, tujuan kemasukannya ke dalam parti DAP ialah bagi memperjuangkan agenda penghapusan hak istimewa yang diterima kumpulan bumiputera di Malaysia.



Memandangkan nama wanita graduan UiTM ini menjadi bahan bualan hangat peminat sejak semalam maka penulis ingin berkongsi biodata ringkas Dyana untuk informasi kita bersama.



Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud

Umur : 27 Tahun

Asal : Ipoh, Perak

Agama : Islam

Status : Bujang

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM

Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)

Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah

Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia







View the original article here

Wednesday 2 April 2014

Filem Melayu Juga Menghina Islam Seperti Filem Hollywood. Benarkah?


Lambakan filem-filem tempatan yang kurang kualiti di pasaran sudah lama menjadi isu tetapi masih ramai tidak menghiraukan perihal isu-isu keagamaan yang dipandang sebelah mata sahaja oleh penggiat seni hiburan tanah air. Ikuti kupasan menarik yang dikongsikan portal akhbar Utusan Online mengenai Filem Melayu juga Menghina Islam seperti Filem Hollywood. Benarkah begitu? Jom baca selanjutnya:
DUNIA filem antarabangsa sekali lagi gempar apabila sebuah filem baru, Noah diterbitkan pada tahun ini. Filem yang mula ditayangkan pada 28 Mac lalu ini dikatakan telah mencemarkan beberapa agama termasuk Islam.
Filem ini tentang sejarah kehidupan Nabi Nuh yang membina sebuah bahtera bagi menyelamatkan kaumnya daripada tragedi banjir besar yang melanda bumi.
Namun banyak pengkritik dari Hollywood menganggap filem tersebut tidak menghina Nabi Nuh. Alasannya tidak memilemkan keseluruhan kisah Nabi Nuh tetapi hanya mengadaptasi kisah sejarah tersebut.
Beberapa negara Islam antaranya Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Bahrain telah mengharamkan filem itu dan terbaru, Indonesia turut mengikut jejak langkah tiga negara terbabit melarang tayangannya di negara tersebut.
Poster iklan gergasi filem Noah yang menimbulkan kekecohan pelbagai negara
Ini bukan pertama kali industri filem Barat sengaja melemparkan provokasi dan kontroversi melalui penghasilan beberapa filem yang menyentuh kesucian agama Islam.
Awal tahun lalu filem Son of The God turut memaparkan perkara yang sama. Beberapa tahun lalu pula filem Bruce Almighty juga memperlihatkan perkara yang sama. Filem lakonan Jim Carrey itu telah menerima kritikan hebat daripada masyarakat Kristian sendiri kerana mempersendakan kepercayaan mereka.
Barangkali kita boleh faham kenapa filem sedemikian dibuat kerana pembuatnya bukan Islam dan bukan diterbitkan oleh negara Islam.
Tetapi kita tidak faham apabila sebahagian besar filem yang dihasilkan di negara ini juga menghina Islam. Sebahgaian besar filem kita bukan sahaja tidak mengangkat cara hidup Islam malah menghina dengan mempromosi gaya hidup yang bertentangan dengan Islam.
Penghinaan yang dimaksudkan adalah dari segi pelanggaran norma-norma Islam pada paparannya. Yang peliknya filem begini dihasilkan oleh orang Melayu Islam.
Mereka mempromosi atau dengan lain perkataan mempersenda Islam dalam adegan, naratif dan kesimpulan filem tersebut.
Kalau pengarah Barat menghasilkan filem yang mencemarkan Islam, itu bukan suatu yang luar biasa. Tetapi bagaimana dengan pengarah Islam sendiri yang tidak menjunjung cara hidup Islam menerusi filem mereka?
Kebanyakan filem Melayu ketika ini dilihat begitu bebas melanggar etika dan cara hidup Islam. Mereka seolah-olah diberi kebebasan kononnya akhir cerita filem itu menyeru kepada kebaikan.
Tetapi sebelum bertemu dengan kebaikan, filem Melayu seolah-olah diwajarkan untuk memperendahkan lelaki dan wanita Islam yang menjadi pelakon. Mereka boleh melakonkan adegan rogol atau seks yang begitu terperinci sekali.
Kalau kita teliti secara mendalam, hampir keseluruhan filem Melayu memaparkan gaya hidup Barat, remaja berpeleseran dan terlibat dalam seks bebas. Semua ini dipaparkan tanpa rasa bersalah malah menyalahkan orang lain yang menganggap itu sebagai salah.
Kerana itu kita tidak terkejut apabila pengarah kita gemar memaparkan adegan dalam bilik tidur atau pusat hiburan yang liar.
Para pengarah kita dilihat tidak kisah memparkan babak di atas katil, berpelukan dan bermacam lagi aksi kononnya ingin menunjuk realiti babak terbabit.
Bukan itu sahaja, banyak juga babak serta aksi rogol yang dipaparkan secara sensual dengan gerak kamera menyorok aksi itu sejelas yang mungkin.
Padahal adegan rogol tidak perlu dipaparkan kerana banyak lagi teknik termasuk perlambangan boleh digunakan untuk memberitahu penonton tentang adegan itu.
Salah satu babak filem tempatan menunjukkan aksi di dalam tandas
Terbaru filem arahan Ismail Yaacob, Laga boleh dijadikan satu kajian kes. Babak intim pelakonnya Marsha dan Wan Hanafi Su disifatkan oleh pengarah sabagai babak bagi mendidik penonton. Tetapi cara adegan itu dihasilkan bercanggah dengan etika Islam dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Ada juga penonton yang menganggap lakonan Marsha dalam babak tersebut adalah yang terbaik dan mengubah geografi filem Malaysia ke arah filem antarabangsa. Inilah kesan daripada pembudayaan pemikiran yang dilakukan oleh filem tempatan yang mempromosikan gaya hidup Barat.
Persoalannya, sekiranya babak tersebut tidak dilakukan, adakah filem ini akan cacat? Dan sekiranya babak tersebut sememangnya dibuang daripada skrip asal adakah jalan ceritanya mengenai tradisi pertaruhan laga ayam tidak sampai kepada penonton?
Jangan anggap kita sebagai orang filem boleh diberi kelonggaran untuk melakukan sesuatu yang melanggar larangan dalam agama.
Dalam filem Iran, perkara-perkara yang mencemarkan Islam tidak ada dalam filem mereka. Tidakkah pengarah-pengarah kita tidak berasa malu dengan Iran yang boleh menghasilkan filem bertaraf dunia tanpa “mempersendakan" agama?
Walaupun tidak ‘menjual’ susuk tubuh pelakon wanita, industri filem Iran diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tetapi industri filem kita yang “menelanjangkan" banyak pelakon wanita dengan babak ranjang masih lagi berada di takuk lama malahan semakin merudum.

Thursday 27 March 2014

Tahu Kenapa Golongan Muda Cina Tidak Hormat Melayu ?



Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut berlarutan.

Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

"Generasi muda Cina membenci rasuah.

"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat:Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu.

Isu rasuah merupakan perkara pokok yang sentiasa menjadi permasalahan dalam pentadbiran kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kedudukan Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 menjadi negara ke-54 di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30).

Baru-baru ini, seorang wanita Cina telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM kerana dikhuatiri telah menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini juga turut dikaitkan dengan sokongan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) walaupun berjaya kekal sebagai kerajaan pusat, hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga secara terbuka telah menyalahkan masyarakat Cina apabila menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" sejurus selepas berakhir pilihan raya.

Walau bagaimanapun, penganalisis berkata sebaliknya apabila mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Malah perlantikkan Datuk Paul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet baru-baru ini juga dilihat sebagai langkah untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran beliau dan menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa. - 17 Jun, 2013.


View the original article here