Pages

Showing posts with label salah. Show all posts
Showing posts with label salah. Show all posts

Friday 27 June 2014

Bayi Berusia 8 Bulan Mati Akibat Salah Ubat Yang Diberikan Oleh Klinik Swasta

type='html'>
ALOR SETAR – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang melecur selepas menggunakan ubat diberikan sebuah klinik swasta di sini pada 16 Februari lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) awal pagi tadi.

Bayi malang itu, Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HSB kira-kira jam 1.25 pagi.Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di perkuburan Islam Masjid Pematang Buluh, Kota Sarang Semut dekat sini pada pukul 9 pagi tadi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang bapa mendakwa sebuah klinik swasta cuai merawat penyakit ruam bayinya yang berusia lapan bulan sehingga menyebabkan kulit di seluruh tubuh anaknya melecur.

Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, mendakwa, dia membawa bayinya, Muhammad Nasrullah ke klinik berkenaan pada 16 Februari lalu untuk mendapatkan rawatan penyakit ruam yang dialami anaknya itu di bahagian paha dan perut.

Dilaporkan, ubat makan dan pakai yang diberikan pihak klinik kemudiannya menyebabkan badan bayi itu mula melecur dan menjadi kehitaman.

View the original article here

Saturday 19 April 2014

ND Lala membiarkan Shila Amzah pakai skirt pendek dan bertudung?

ND Lala mengaku salah biar Shila Amzah pakai skirt pendek - Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, ND Lala tampil kepada media hari ini untuk mengaku salah membiarkan anaknya memakai skirt pendek dalam keadaan bertudung ketika mengadakan satu konsert nyanyian di China beberapa minggu lalu.

Menurut ND Lala yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Love Shila Amzah In Malaysia di Menara KL, beliau memberitahu kekangan masa dan kostum terhad menjadi punca kenapa bekas kekasih Sharnaaz itu terpaksa mengenakan skirt pendek dan legging berwarna kulit.

“Sebenarnya ketika Shila telah diminta oleh lima buat stesen televisyen di sana secara tiba-tiba untuk membuat rakaman dan ia diadakan pukul 1 pagi tanpa kehadiran penonton.

“Memandangkan kekangan waktu untuk pulang ke hotel dan kembali ke studio rakaman dalam tempoh dua jam, saya tidak fikir semua krew yang terlibat boleh menunggu untuk memulakan rakaman itu pada pukul 3 atau 4 pagi.

“Jadi, Shila terpaksa pakai apa yang ada dan ia seperti warna kulit. Sebagai bapa, saya ada di sana dan letak kesalahan itu kepada saya.”


Jelas ND Lala lagi, adalah tidak adil untuk terus menghukum Shila kerana dia hanya dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Setiap manusia memang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan.

“Mesej dari saya biarlah Shila dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Cuma sebagai bapa, saya sentiasa berharap agar Shila akan sentiasa memperbaiki kehidupan dari hari ke hari.”