Pages

Showing posts with label pendek. Show all posts
Showing posts with label pendek. Show all posts

Wednesday 7 May 2014

Nelydia Senrose tampil paling jelita dengan skirt pendek dan baju kameja

Penampilan Nelydia Senrose dengan memakai skirt pendek dan baju kameja adalah yang paling cantik dan jelita pernah dilihat.

Dengan gaya bersahaja untuk memperbetulkan rambut dan menguntum senyuman lebar, kekasih Qi Razali itu tampil begitu memikat dan menakjubkan.

Lebih mengagumkan, pelakon ini juga tidak takut untuk bermain-main manja dengan seekor anak buaya sungai walaupun tahu ianya binatang yang amat menakutkan dan berbahaya. Penulis akui tidak seberani beliau dan sememangnya agak penakut berhadapan ular dan buaya.

Untuk pengetahuan, dua keping gambar di bawah telah dikongsikan oleh Nelydia di laman Instagram miliknya agar boleh menjadi tatapan peminat yang sentiasa menyokongnya.



Saturday 19 April 2014

ND Lala membiarkan Shila Amzah pakai skirt pendek dan bertudung?

ND Lala mengaku salah biar Shila Amzah pakai skirt pendek - Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, ND Lala tampil kepada media hari ini untuk mengaku salah membiarkan anaknya memakai skirt pendek dalam keadaan bertudung ketika mengadakan satu konsert nyanyian di China beberapa minggu lalu.

Menurut ND Lala yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Love Shila Amzah In Malaysia di Menara KL, beliau memberitahu kekangan masa dan kostum terhad menjadi punca kenapa bekas kekasih Sharnaaz itu terpaksa mengenakan skirt pendek dan legging berwarna kulit.

“Sebenarnya ketika Shila telah diminta oleh lima buat stesen televisyen di sana secara tiba-tiba untuk membuat rakaman dan ia diadakan pukul 1 pagi tanpa kehadiran penonton.

“Memandangkan kekangan waktu untuk pulang ke hotel dan kembali ke studio rakaman dalam tempoh dua jam, saya tidak fikir semua krew yang terlibat boleh menunggu untuk memulakan rakaman itu pada pukul 3 atau 4 pagi.

“Jadi, Shila terpaksa pakai apa yang ada dan ia seperti warna kulit. Sebagai bapa, saya ada di sana dan letak kesalahan itu kepada saya.”


Jelas ND Lala lagi, adalah tidak adil untuk terus menghukum Shila kerana dia hanya dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Setiap manusia memang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan.

“Mesej dari saya biarlah Shila dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Cuma sebagai bapa, saya sentiasa berharap agar Shila akan sentiasa memperbaiki kehidupan dari hari ke hari.”