Pages

Wednesday, 31 December 2014

4 Gambar wajah terkini Puan Khaleeda, isteri TMJ yang mengejutkan


Perkembangan terbaru pasangan Diraja yang baru berkahwin dua bulan lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda sering dinanti-nantikan orang ramai khususnya rakyat Johor.
Biodata Che Puan Khaleeda Bustamam, Isteri TMJ - Che Puan Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003 sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
Che Puan Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Berikut ialah empat keping foto terkini Che Puan Khaleeda yang semakin cantik dan menawan. Beliau sememangnya murah senyuman serta peramah.
Sumber asal gambar : Blog Beritasemasa22



2 comments: