Pages

Saturday 13 December 2014

Inilah gambar cincin pertunangan Neelofa yang serba mewah?


Ketika kami masuk ke laman Instagram Neelofa untuk melihat gambar-gambar terbarunya, kami terpaku pada sekeping foto cincin mewah yang telah dimuatnaik aktres jelita itu.

Untuk mendapatkan kepastian, kami cuba membaca komen-komen peminat dan ternyata ramai yang mengucapkan tahniah kepada Neelofa.

Adakah pelakon dan pengacara itu sudah bertunang atau dirisik seorang jejaka bertuah? Andai benar, kami turut gembira dan tidak sabar-sabar untuk melihat bersanding di jinjing perkahwinan.


Wahhhhh. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk berteka-teki.

Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google, ‘loml’ yang sering digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm apakah makna semua ini?

Dari apa yang kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang.

Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf Wedding of the Year tak?

Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement.

Apapun, kita doakan yang terbaik sahajalah untuk Neelofa. Mungkin masanya sudah tiba untuk si cantik manis ini menjelaskan apa yang sepatutnya seperti yang telah dikatakan beberapa bulan lepas.
Sumber asal : Portal Ohbulan


No comments:

Post a Comment