Pages

Friday 5 December 2014

Silap Besar Apabila Sekumpulan Samseng Mengganggu Isteri Seorang Peninju Professional. Menempah Bala



Menempah bala.

Itulah yang kami katakan apabila sekumpulan samseng mengganggu isteri seorang peninju professional.

Nicolai Vlasenko, 29 tahun adalah seorang peninju yang juga seorang pakar seni mempertahankan diri ‘mengajar’ samseng wannabe di luar sebuah kelab malam di Rusia.

Samseng ini cuba menarik seorang wanita ke bilik VIP di sebuah kelab malam. Malangnya, wanita itu adalah isteri peninju professional, Nicolai Vlasenko. Sekembalinya Nicolai dari tandas, beliau terperanjat mengetahui isterinya telah diganggu oleh kumpulan penjahat ini.

Menurut saksi, Leonti Yevdokimov, 33, seorang penjenayah kecik-kecilan telah mengajak peninju itu untuk ‘berbincang’ di luar.

Dan peninju itu bersetuju.

   

Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng itu menyerang Nicolai, beliau telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO.

Penyerang kedua cuba membalas, akan tetapi dia juga telah dijatuhkan.

Seorang saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata : “Apabila mereka pergi ke luar, mereka keluar dengan bilangan yang ramai.”

“Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua orang samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.

“Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, dan saya tidak fikir beliau tahu apa yang berlaku apabila beliau rebah.”

“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta.”

“Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia telah hampir jatuh menerima mengambil tiga tumbukan di kepala.”

Ahli geng yang lain tidak berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

Samseng itu kemudian mengupah peguam sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan yang mereka telah diserang.

Tetapi polis tidak mengambil tindakan setelah melihat video CCTV yang jelas menunjukkan Nicolai sedang mempertahankan dirinya seorang diri dengan jumlah lawan yang hampir sedozen orang.

Peguam Vlasenko berkata: “Pelanggan saya tidak bersedia untuk membenarkan mereka mengganggu isterinya.”

“Beliau telah bersedia untuk berbincang dengan cara yang munasabah, tetapi apabila mereka menggunakan cara paksa, dia terpaksa membela diri dengan akibat yang tidak dapat dielakkan.”

Sumber : http://thevocket.com/

No comments:

Post a Comment