Pages

Saturday 6 December 2014

12 Gambar sekitar majlis perkahwinan Chef Riz & Shikin, kakak Emma Maembong


Tahniah kepada pasangan Chef Riz dan Shikin, kakak Emma Maembong yang baru sahaja selamat melangsungkan majlis pernikahan malam tadi.

Beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan mereka telah dikongsikan oleh Chef Wan di akaun Instagram peribadinya untuk tatapan peminat.

Selepas hampir dua tahun hidup menduda akhirnya chef selebriti terkenal iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan selamat menikahi kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong malam tadi.

Beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini telah dikongsikan oleh ayah Chef Riz sendiri iaitu Chef Wan yang menunjukkan pasangan pengantin baru itu cantik sama padan dalam persalinan rona putih dalam majlis serba sederhana.

Bercakap kepada portal Murai, Chef Wan berkata majlis pernikahan dirancang oleh mereka berdua sendiri tanpa melibatkan kedua dua belah keluarga.

“Saya rasa mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mengadakan majlis akad nikah itu,” ujar Chef Wan yang mengakui ada menawarkan wang tunai sebagai hadiah perkahwinan untuk pasangan ini belanjakan untuk majlis nikah namun mereka menolak.

Tahniah buat kedua dua belah keluarga Chef Riz dan Shikin Maembong. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhirnya. Boleh tambah cucu Chef Wan cepat cepat, hehe.
Sumber asal : Portal Rotikaya










No comments:

Post a Comment