Pages

Friday 19 December 2014

Objek Seperti Lintah Dijumpai Dalam Milo Kotak




Semalam seorang individu telah memuat naik dilaman facebooknya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau menjumpai objek yang seakan-akan lintah di dalam minuman milo kotak yang diminumnya


Beliau,Teh Suan Sim Shirley, nyata amat terkejut kerana air tersebut telah diminum oleh anaknya. Beliau menyedari perkara ini apabila anaknya tidak dapat menghabiskan air tersebut kerana tersekat dan meminta tolongnya

Pada mulanya Teh mencuba minum air yang masih tinggal lagi 3/4 kotak tersebut dan berasa pelik dengan air tersebut. Beliau membuat keputusan untuk menebuk kotak tersebut dan terkejut besar apabila menjumpai objek itu.



beliau meminta pendapat orang ramai apa yang harus dilakukannya dan amat bimbang akan kesihatan anaknya kerana telah meminum air yang telah dicemari tersebut.

Perkembangan hari ini beliau dikataka akan membawa perkara ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk tindakan lanjut-Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment