Pages

Thursday 4 December 2014

Rozita Che Wan Mahu Bawa Aaisyah Dhia Rana Ke Maldives

Screen Shot 2014-11-27 at 4.03.56 PM
Tak ada yang lebih menggembirakan hati selain dapat melancong ke luar negara betul tak? Iyalah, bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas permandangan.
Kali ini, kami cemburu nau dengan anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni. Dengar khabar, Aaisyah Dhia Rana bakal terbang ke Maldives.
Hmm, dah nama pun Maldives, mesti naik kapal terbang, takkan sampan pulak kan? Hehe.
Screen Shot 2014-11-27 at 4.04.27 PM
Mana kami tahu? Dah tentulah dari Instagram milik Che Ta. Beberapa hari lepas, Che Ta telah memuat naik sekeping foto pakaian kanak-kanak yang diberi oleh salah seorang kenalannya.
Namun, kami lebih tertarik dengan kapsyen yang diberi. Kata Che Ta mudah-mudahan anaknya muat memakai hadiah yang diberi menjelang nak ke Maldives nanti.
Screen Shot 2014-11-27 at 11.23.35 PM
Screen Shot 2014-11-27 at 12.37.29 PM
Arghh!! Cemburunya kami dengan si comel ni. Kecil-kecil lagi dah makan angin jauh ke negara orang. Agaknya, bila dah besar, mahu satu dunia Aaisyah dah jelajah.
Tiba-tiba kami tak sabar nak lihat si comel ini memakai pakaian mandi kanak-kanak. Mesti bertambah comel. Awww!

No comments:

Post a Comment