Pages

Tuesday 16 December 2014

MLM2014 : Lawak Jalor Buat Datuk Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri

jalorr
Minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung pada jumaat lalu kembali dengan tema Bebas. Rata-rata kumpulan yang bertanding menampilkan persembahan yang begitu menghiburkan di samping berjaya memikat hati juri.
Mana tidaknya, kumpulan seperti Zero dan Nabil berjaya menerima pungutan lima bintang menerusi sketsa hebat mereka. Namun satu perkara yang tidak diduga berlaku apabila Datuk Jalaluddin Hassan bertindak meninggalkan kerusi juri.
Datuk Jalaluddin Hassan tak puas hati dengan persembahan kumpulan yang  bertanding ke?
Jpeg
Jangan salah sangka, sebenarnya Datuk Jalaluddin Hassan hanya tinggalkan kerusi juri buat seketika sahaja dan naik ke pentas untuk memberi komen kepada kumpulan Jalor.
Walau bagaimanapun tindakannya itu agak memeranjatkan penonton. Pada awalnya peminat menjangkakan kumpulan Jalor bakal dimarahi oleh Datuk Jalaluddin Hassan ekoran lawak yang dilakukan Joey. Iyalah sampai Joey melutut mohon maaf kepada Datuk Jalaluddin Hassan.
Datuk Jalaluddin Hassan sebaliknya memuji persembahan Jalor sambil menganggap ada peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Korang rasa betul ke ada peningkatan?
out
Minggu kelima menyaksikan dua penyingkiran berlaku iaitu kumpulan Wala dan Eksoz yang mendapat undian terendah. Selain itu, Ilya Senario atau dikenali sebagai Pak Ya terpaksa menarik diri daripada terus berjuang bersama Sepahtu kerana masalah kesihatan.
Sebelum itu Nabil tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan lawak yang dilakukannya pada minggu kedua. Lawak yang mana? Alah lawak yang para gadis akan mendapat keyakinan serta-merta sebaik memakai tuala wanita itu. Ingat tak?
Setakat hari ini, kumpulan Zero masih lagi mengungguli kedudukan undian dengan 30% diikuti oleh Shiro dan Virus. Kumpulan favourite korang nombor berapa sekarang? Vote ke tidak?

No comments:

Post a Comment