Pages

Friday 5 June 2015

Tasha Shilla Akui Makin Kurus Kerana Jadi Tikus Makmal Produk Kesihatan



Kalau anda ikuti perkembangan Tasha Shilla menerusi akaun Instagram beliau sejak kebelakangan ini, anda mesti perasan yang perubahan mendadak fizikal beliau yang kini semakin kurus dan ada antara peminat menyuarakan kebimbangan akan kesihatan pelakon ini sendiri.
Sebelum ini Tasha Shilla sendiri sudah menafikan yang beliau kini semakin kurus kerana makan hati selepas putus cinta — yang sebenarnya masih berkawan rapat dengan bekas kekasih — namun dalam kenyataan terbaru beliau mendedahkan sebab sebenar fizikalnya berubah.

“Sebenarnya saya jadi tikus makmal untuk produk minuman kesihatan yang saya sendiri sedang usahakan bersama rakan kongsi. Kalau ramai yang kata saya kurus, inilah jawapan kepada soalan itu. Saya amalkan minuman itu 4 bulan lalu. Insya-Allah produk akan dipasarkan tahun ini juga”
“Kini dalam proses kelulusan sebab kita mahu dapatkan pengesahan halal & urusan lain sebelum dipasarkan. Kini dah 70 peratus tahapnya,” ujar Tasha Shilla kepada Mangga Online.
Nampaknya selepas ini akan berduyun duyun orang mahu membeli produk kesihata Tasha Shilla selepas melihat hasilnya sendiri pada fizikal pelakon ini. Mana tahu sempat untuk kurus sebelum tibanya Aidilfitri, heh. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment