Pages

Thursday 11 June 2015

15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Malaysia Yang Masih Diamalkan

15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Malaysia Yang Masih Diamalkan | Tidak kira apa jua kaum di Malaysia, masing-masing ada kepercayaan pelik yang tidak terbukti kebenarannya tetapi tetap terus diamalkan sehingga kini. Kepercayaan tahyul atau pelik ini seringkali dianggap sebagai petanda kepada sesuatu yang sedang berlaku atau bakal berlaku.
15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Malaysia Yang Masih Diamalkan
Di bawah ini dikongsikan 15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Malaysia Yang Masih Diamalkan.
1. Jika rama-rama masuk ke dalam rumah, itu petanda ada orang jauh yang akan singgah ke rumah.
2. Jika ada bunyi anjing menyalak untuk tempoh yang lama di tengah malam, kebanyakkan orang Malaysia percaya ada kehadiran makhluk halus yang sedang berkeliaran.
3. Manakala bunyi suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam dikatakan petanda bakal berlaku musibah.
4. Jika keadaan langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu petanda seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya. Ini merupakan kepercayaan masyarakat zaman kesultanan Melayu.
5. Bila katak berbunyi pula, dikatakan sedang memanggil hujan. Jadi setiap kali katak berbunyi, orang akan percaya bahawa hari akan hujan.
6. Malah jika katak berbunyi bersahut-sahutan, dipercayai itu adalah petanda bakal berlaku ribut atau puting beliung.
7. Kehadiran banyak kelkatu yang menghurungi cahaya lampu pula dipercayai petanda akan berlakunya banjir.
8. Sekiranya ada seekor kucing membersihkan muka di hadapan pintu rumah, orang dulu-dulu mengatakan itu petanda ada tetamu yang cantik dan pembersih akan berkunjung.
9. Jika ada burung yang tersesat dan terbang masuk ke dalam rumah dikatakan petanda tuan rumah akan mendapat rezeki dan juga kunjungan tetamu ke rumah.
10. Sebaliknya jika ada kumbang atau ‘belalang pelesit’ yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah, ia dianggap sebagai petanda benda mistik yang tidak elok bertandang.
11. Jika terdengar bunyi cicak ketika seseorang sedang bercakap, itu petanda cicak mengiyakan percakapan kita.
12. Ketika kita sedang berjalan dan secara tiba-tiba ada binatang melintas di depan itu juga petanda beberapa maksud yang berbeza. Jika kucing yang melintas di depan bermaksud anda akan bertemu rakan di sepanjang perjalanan tersebut.
13. Manakala jika biawak pula yang melintas bermaksud anda bakal menanggung beban.
14. Sekiranya anda didatangi serangga tertentu contohnya kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, atau kumbang, jangan diganggu atau dibunuh. Seeloknya ia dilepaskan di luar rumah kerana orang dulu- dulu percaya kehadiran makhluk serangga seperti itu terjadi secara alamiah.
15. Jika ada kupu-kupu mendekati seseorang yang sedang sakit tenat dipercayai itu petanda kehidupan insan tersebut sudah tidak lama lagi.
Sampai ke hari ini tiada kebenaran kukuh tentang kepercayaan tahyul yang disenaraikan di atas ini. Kita pun tak sepatutnya mempercayai sesuatu tanpa bukti. Namun sukar untuk melenyapkan kepercayaan-kepercayaan sebegini kerana ia diturunkan dari generasi ke generasi.

No comments:

Post a Comment