Pages

Wednesday 10 June 2015

"Stop It" - Tegur Ajai Kepada Bekas Isterinya, Nurul


Baru-baru ini penyanyi Nurul Wahab telah mengupdate laman blognya dengan cerita kisah lalu tentang bekas suaminya, komposer Ajai.



Antara isi kandungannya, Nurul mendedahkan Ajai bersikap tidak profesional apabila menolak untuk berduet dengan Nurul apabila mereka telah bercerai.

Ini antara kandungan blognya:


Wartawan mStar telah mendapatkan Ajai untuk bertanya tentang hal ini. Ajai dilihat kurang senang dengan perkara ini dan menyuruh Nurul berhenti berbuat demikian dan tidak lagi mengaitkannya di laman blog milik Nurul.

Bagi Ajai,dia langsung tidak pernah mengaitkan Nurul dalam mana-mana temubual dan langsung tidak mendedahkan kisah silamnya bersama Nurul dahulu.

Ini komen Ajai:

"Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

"Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

"Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah,"

Untuk pengetahuan, Ajai dan Nurul telag bercerai pada tahun 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu yang kini berusia 17 tahun.

No comments:

Post a Comment