Pages

Friday 12 June 2015

Netizen Serang Facebook Pendaki Bogel Di Gunung Kinabalu


NETIZEN (pengguna media sosial) terutamanya penduduk Sabah telah menyerang laman sosial Facebook milik salah seorang pelancong asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu, baru-baru ini.
sabah1
Kebanyakan mereka mengutuk perbuatan pelancong asing itu yang bertindak di luar batasan selain tidak menghormati kepercayaan masyarakat setempat.

Pelancong Asing Bogel Di Puncak Kinabalu, Maki Malim Gunung

Menerusi Facebook warganegara Kanada, Emil Kaminski itu juga difahamkan dia dan rakan-rakannya masih lagi berada di Sabah.
Menulis, “Anywho, the place is shithole. But I am stuck here for a few more days until the whole ‘naked-on-a-mountain’ thing dies down. Luckily the dumbasess here have no internet and no idea!” (Apa-apa pun tempat ini (Kota Kinabalu) memang menakjubkan! Tapi saya masih lagi ‘terperangkap’ di sini sehingga isu berbogel di atas gunung mulai reda. Nasib baik, mereka-mereka ni (penduduk tempatan) tidak mempunyai internet!)
sabah2
Menerusi sumber portal My Media Hub, Emil juga dilaporkan sudah membuat tempahan tiket penerbangan Air Asia berlepas dari Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini dan seterusnya menaiki penerbangan antarabangsa ke Taipei pada hari yang sama.

Tujuh Pelancong Berbogel Di Gunung Kinabalu Akan Didakwa

Difahamkan, aktiviti berbogel memang sudah biasa dilakukan Emil dan rakan-rakannya dan di Gunung Kinabalu bukanlah aksi pertama kali mereka berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment