Pages

Friday 12 June 2015

Romeo Bergayut Di Tingkap, Dikecewakan Kekasih


RUSIA – Malang buat si Romeo ini, Pavel Logino apabila hasratnya untuk mengejutkan kekasihnya, Olga dengan menjadi ‘Superman’ dan muncul di luar tingkap apartment Olga, tidak kesampaian.
Ini kerana, Olga ketika itu berada di dalam bilik mandi.
Ia memaksa Logino bergayut di tingkat lapan itu dan cuba menghubungi Olga untuk memberitahu keadaannya itu, namun malangnya wanita itu tidak menyahut.
Logino kemudiannya menjerit dari luar tingkap untuk menyatakan rasa cintanya kepada Olga. Tetapi tahukah anda apa yang berlaku?
Olga keluar dari bilik mandi dengan tuala kemudiannya memberitahu Logino supaya jangan datang lagi dan terus menutup tingkap.
Aduh…..malangnya si Romeo. – Mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment