Pages

Monday 8 June 2015

DATO K - "Jika mreka tidak bersetuju dengan memberi alasan yang kukuh saya mungkin tidak akan mengahwini Siti..."




#KUALA LUMPUR: "Siti bukan punca kami bercerai," tegas Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebagai...






menangkis cakap-cakap yang menuduh penyanyi tersohor itu perampas suami orang.

#"Kami menjalin hubungan setahun selepas saya bercerai," jelas ahli perniagaan 49 tahun itu yang turut mengakui bahawa beliau dan bekas isterinya pernah bercerai pada 1998 namun rujuk tiga bulan kemudian.

#Siti: Demi Allah, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Datuk ketika dia masih berkahwin.

#Bagi Siti Nurhaliza Tarudin pula, pengalaman dicap sebagai perampas suami orang amat menyakitkan.

#"Demi Allah, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Datuk ketika dia masih berkahwin," tegasnya penuh perasaan kepada puluhan pengamal media di majlis ramah mesra bersama Siti Nurhaliza dan Datuk K di Seri Pentas dekat sini hari ini.

#"Sila tanya pihak Jawi serta Mahkamah Syariah untuk menyahihkan kenyataan ini," sampuk Khalid sambil melahirkan keyakinan bahawa perkahwinannya kali ini akan berkekalan.

#"Saya pernah gagal (dalam perkahwinan) sekali, saya tidak mahu gagal untuk kali kedua," katanya.

#Datuk K melafazkan talak terhadap Tengku Zawiyah Tengku Izham pada 1 Febuari 2004 di rumah mereka di Bukit Antarabangsa. Pasangan itu bagaimanapun bercerai secara rasmi pada 12 Mac 2005.

#Siti juga menafikan desas-desus bahawa dia rapat dengan janda bakal suaminya yang berusia 43 tahun itu.

#"Saya pernah bertemu hanya beberapa kali dengan Tengku. Kami tidak rapat," katanya, sambil menyangkal dakwaan bahawa dia memanggil Tengku Zawiyah "mummy".

#Siti: Saya tidak bermaksud untuk mengambil tugasnya sebagai seorang ibu (kepada anak-anak Khalid dengan Tengku Zawiyah) malah niat saya adalah untuk menolong Datuk memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak mereka. (foto TV3)

#Berikutan laporan akhbar hari ini yang menyebut perasaan Tengku Zawiyah terguris oleh kenyataan Siti sebelum ini, penyanyi itu secara terbuka menyatakan permohonan maafnya.

#"Saya memohon maaf kepada Tengku jika kata-kata saya menyinggung perasaannya pada sidang akhbar yang lalu (ketika mengumumkan perkahwinan mereka).

#"Saya tidak bermaksud untuk mengambil tugasnya sebagai seorang ibu (kepada anak-anak Khalid dengan Tengku Zawiyah) malah niat saya adalah untuk menolong Datuk memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak mereka," katanya.

#Tiga daripada empat orang anak Khalid dijangka tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka. Mohd Adib, 16, dan Mohd Aazief, 8, bakal menemani Tengku Zawiyah melawat abang sulung mereka Mohd Anas, 19, yang kini menuntut di Australia.

#"Jauh di sudut hati, mereka mahu menghadiri perkahwinan kami namun hati emak perlu dijaga. Saya tidak melarang dan mungkin hanya seorang (Mohd Ashraf, 14) yang akan hadir," ujar Khalid, yang turut bertegas bahawa anak-anaknya tidak pernah menentang sama sekali perhubungannya dengan Siti.

#"Jika mereka tidak bersetuju dengan memberi alasan yang kukuh, saya mungkin tidak akan mengahwini Siti tetapi kesemua mereka telahpun merestui perhubungan ini," katanya.

#Beliau juga "menegur" beberapa laporan media yang menurutnya boleh merosakkan tanggapan masyarakat terhadapnya.

#Katanya, gaya penulisan beberapa rencana membayangkan seolah-olah beliau riak, angkuh dan tamak.

#"Saya tidaklah kaya sangat.

#"Malah, kos perkahwinan kami tidak sampai sejuta ringgit pun. Hampir kesemua barangan serta persiapan perkahwinan kami ditaja orang," ujar Khalid yang begitu kecewa dengan sesetengah pihak yang menyiarkan artikel mengenai perbelanjaan perkahwinan yang berjumlah RM12 juta tanpa usul periksa.


#Pasangan itu juga merayu kepada pihak media supaya berhenti "bertanding" sesama sendiri untuk menyiarkan berita sensasi mengenai mereka.

#"Pertimbangkanlah perasaan kami kerana majlis perkahwinan kami semakin hampir," rayu mereka.

No comments:

Post a Comment