Pages

Friday 12 June 2015

Lelaki Tanpa Penis Dah Tiduri Lebih 100 Wanita


SEORANG lelaki dari Manchester, United Kingdom yang tidak mempunyai alat sulit mengakui sudah meniduri lebih daripada 100 wanita sepanjang hidupnya.
Andrew Wardle, 40, menderita penyakit pelik sejak dilahirkan iaitu bladder exstrophy yang mana menyebabkan alat sulitnya tumbuh perlahan-lahan di bahagian badan yang lain.
Doktor berjaya membuang kecacatan itu namun sehingga kini Andrew tidak mempunyai alat sulit seperti mana lelaki normal lain.
Susulan kisah uniknya itu, satu dokumentari yang diterbitkan oleh Discovery Life Channel bakal disiarkan di kaca televisyen selama satu jam mengisahkan perjalanan hidupnya tanpa memiliki alat sulit.
Turut diceritakan ialah bagaimana Andrew ditampar bekas teman wanitanya sebaik dia mengetahui Andrew tidak mempunyai aset seperti mana yang dimiliki lelaki lain.
“Ianya sangat susah untuk menjelaskan kepada teman wanita baru. Pernah sekali saya ditampar bila saya memberitahu perkara sebenar kepadanya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMIN

No comments:

Post a Comment