Pages

Showing posts with label Golongan. Show all posts
Showing posts with label Golongan. Show all posts

Friday 27 June 2014

Jom Lihat Kehidupan Golongan Orang Kaya Di Romania

Di Romania, tidak jauh dari Bucharest terdapat salah satu daripada bandar-bandar terkaya di dunia - Buzesku. Pekan ini terletak 80 km ke barat-daya Bucharest mempunyai penduduk sekitar - 5 ribu orang. Dalam Buzesku kira-kira 800 buah rumah telah dibina dan setiap satu bernilai antara 2 hingga 30 juta dolar. Secara umum, kos semua hartanah Roma dianggarkan $ 4000000000 ... Ini adalah ibu kota jutawan gypsy (etnik).

Bagaimana orang gypsy mampu membeli semua barangan mahal ini?

"Raja" daripada Romania Gypsies adalah Florian Chioaba (diwarisi daripada bapa), berpendapatan 50-80000000 euro setahun. Keturunan beliau mempunyai kira-kira 300 keluarga, dan sekurang-kurangnya separuh daripada mereka mempunyai rumah bernilai 3 juta euro. Jumlah pendapatan daripada "Raja" dan kaumnya hampir dengan 300-400000000 euro setahun. Ia terdiri daripada tawaran biasa untuk Roma "obschak" (slanga untuk bank), dan ini adalah 5-10% daripada jenayah dan pendapatan separuh jenayah, penyeludupan rokok dari Romania ke Eropah Barat, perniagaan hotel dan perdagangan.

Seperti kebanyakan yang lain daripada "elit" di Eropah Timur dan bekas Kesatuan Soviet, gypsies ini sengaja menunjukkan gaya hidup mewah, secara literal hidup dengan emas.





























View the original article here

Thursday 27 March 2014

Tahu Kenapa Golongan Muda Cina Tidak Hormat Melayu ?



Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut berlarutan.

Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

"Generasi muda Cina membenci rasuah.

"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat:Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu.

Isu rasuah merupakan perkara pokok yang sentiasa menjadi permasalahan dalam pentadbiran kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kedudukan Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 menjadi negara ke-54 di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30).

Baru-baru ini, seorang wanita Cina telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM kerana dikhuatiri telah menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini juga turut dikaitkan dengan sokongan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) walaupun berjaya kekal sebagai kerajaan pusat, hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga secara terbuka telah menyalahkan masyarakat Cina apabila menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" sejurus selepas berakhir pilihan raya.

Walau bagaimanapun, penganalisis berkata sebaliknya apabila mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Malah perlantikkan Datuk Paul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet baru-baru ini juga dilihat sebagai langkah untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran beliau dan menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa. - 17 Jun, 2013.


View the original article here