Pages

Showing posts with label Mabuk. Show all posts
Showing posts with label Mabuk. Show all posts

Wednesday 10 September 2014

Lelaki Mabuk Terima Padah Tersekat Di Mesin ATM

Padah mabuk

Seorang lelaki mabuk di China menerima padah selepas sebahagian tubuhnya tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Jurucakap bomba di wilayah Zhejiang, Hsin Ke memberitahu, maklumat diterima selepas orang awam bertindak membuat aduan selepas mendapati mangsa dikenali sebagai Cheng Kao pengsan berhampiran kios terbabit.

“Usaha mengeluarkan Kao sukar kerana dia masih mabuk dan gagal mendengar arahan dengan jelas. Kami terpaksa memecahkan panel kaca sebagai jalan terakhir,” jelasnya.


Difahamkan, Kao mengambil keputusan keluar dari ruang pengudaraan kecil di bawah panel kaca itu selepas gagal membuka pintu kios tersebut akibat tersalah memasukkan nombor pin.

Sementara itu menurut laporan Daily Mail, pihak berkuasa memaklumkan, lelaki malang terbabit perlu membayar ganti rugi membaik pulih kios ATM tersebut.

Awal tahun lalu, seorang lelaki di wilayah Sichuan terpaksa menahan kesakitan selama enam jam selepas tangannya tersekat ketika dia cuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di dalam lubang tandas, lapor Sinar Harian.
View the original article here

Thursday 31 July 2014

Video: Remaja Mabuk Ganggu Pekerja Mcdonalds


 Dua orang remaja lelaki dari  Burnley, Lancashire mungkin bakal dikenakan tindakan undang-undang  apabila video mereka mengganggu pekerja wanita di restoran makanan segera McDonalds mula tersebar luas di Internet sejak semalam.



Ben Hall dan Joel Melia yang ketika itu sedang mabuk telah dirakam mengganggu pekerja wanita restoran makanan segera itu dengan memukulnya menggunakan tiub foam.

Biarpun video tersebut sudah tersebar dan mendapat kritikan ramai, kedua-dua remaja ini menganggap pekerja restoran berkenaan memberikan reaksi berlebih-lebihan.

Ben Hall pula menyifatkan tindakan pekerja wanita itu menghalau mereka keluar dari restoran sudah cukup adil buat mereka dan tidak perlu diperbesarkan.
View the original article here

Friday 27 June 2014

Video Lelaki Mabuk Bergayut Di Talian Elektrik Bervoltan Tinggi

Seorang lelaki dari China amat bernasib baik kerana terselamat daripada maut setelah memanjat dan bergayut di talian kebal bervoltan tinggi.

Orang ramai berkumpul di jalan di Linfen, utara China, melihat seorang lelaki yang  memanjat puncak tiang sebelum bergayut di antara talian kabel elektrik.

Pada masa yang sama beliau benasib baik kerana pegawai-pegawai telah berjaya mematikan kuasa elektrik bagi mengelakkan lelaki berkenaan dari terkena renjatan berkuasa tinggi.

Selepas berpaut pada untuk kira-kira 15 minit lelaki itu akhirnya mula jatuh pada ketinggian kira-kira 30 kaki ke tanah tetapi telah diselamatkan oleh alat keselamatan yang telah dipasang di atas tanah.

Beliau kemudian memberitahu wartawan bahawa dia terlalu mabuk dan keadaan dalam mood yang tidak baik.



View the original article here