Pages

Thursday 31 July 2014

ARTICLE : BENTUK MUKA DAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI

Tidak ada yang lebih teruk daripada mendapati rambut anda tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Kita sedia maklum Trend dan gaya  rambut berubah sepanjang masa, namun bukan semua gaya dan potongan rambut sesuai dengan semua orang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil kira apabila memilih gaya dan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita.

Sesetengah lelaki akan mengambil gambar dan mengubah sedikit  bentuk muka mereka dengan menggunakan aplikasi dan software di dalam smartphone dan seterusnya memuatnaik gambar yang telah diubah itu ke dalam akaun facebook mereka.  Majoriti akan mahu mewujudkan kesan daripada bentuk muka yang lebih menarik seperti bentuk  muka yang lebih panjang dan pipi yang cengkung untuk mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Ramai yang di antara kita datang ke salon dengan  membawa gambar atau membelek majalah yang disediakan untuk dijadikan panduan untuk potongan atau gaya rambut mereka. Tahukah anda ada di antara idea-idea tersebut tidak sesuai dengan bentuk wajah kita. Jadi, adalah amat  penting untuk kita berbincang terlebih dahulu dengan stylist atau pendandan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kita tidak mahu apabila sudah selesai memotong rambut potongan dan gaya yang terhasil tidak seperti yang diharapkan dan menyebabkan kita malu dengan rambut kita sendiri.
JENIS-JENIS BENTUK MUKA DAN CADANGAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI.
BENTUK MUKA BUJUR / OVAL FACE SHAPE
Bentuk muka ini dianggap sebagai bentuk muka yang sesuai dengan wanita, tetapi jarang lelaki memiliki bentuk muka ini. Muka bujur umumnya adalah sesuai dengan mana-mana gaya rambut dalam sebarang bentuk mahupun pendek atau panjang, kerana ia adalah berkadar seimbang. Bukan sahaja anda boleh memakai  pelbagai  bentuk cermin mata hitam yang anda suka, tetapi anda juga mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengan rambut anda.

Satu-satunya perkara yang perlu anda elak adalah membiarkan pinggir rambut anda panjang, kerana ini boleh membuat wajah anda kelihatan bulat. Bentuk kepala yang bujur membolehkan mereka  menggayakan rambut menyikat ke atas dari dahi dan juga anda boleh memotong gaya panjang atau pendek.
  
CONTOH STYLE
BENTUK MUKA PERSEGI / SQUARE FACE SHAPE
Seorang lelaki yang mempunyi bentuk muka persegi dianggap kuat dan maskulin. Apabila mereka memotong rambut mereka, majoriti gaya mereka pilih adalah squarer dan banyak  bersudut daripada wanita.

Rahang yang kuat adalah ciri yang terselah bagi wajah persegi, yang membuat muka kelihatan kuat dalam penampilan. Sama seperti bujur, bentuk muka persegi sesuai dengan pelbagai gaya, tetapi rambut di sekitar garis rambut selalunya boleh kelihatan lebih baik jika ia adalah lebih lembut di tepi.

Rambut pendek kelihatan hebat dan benar-benar meningkatkan ciri-ciri wajah - ia bergantung kepada sama ada anda mahu muka atau rambut anda menjadi tarikan utama.
CONTOH STYLE
BENTUK MUKA BUJUR PANJANG / OBLONG FACE SHAPE


Bentuk muka ini adalah lebih panjang daripada muka bujur.

Cuba untuk mengelak daripada mengambil sisi terlalu singkat jika anda mahu menyimpan rambut panjang di atas, kerana ini akan menyerlahkan panjang muka dan membuat ia kelihatan lebih bujur lagi. Bentuk muka ini sesuai mempunyai rambut yang digayakan ke muka untuk mengurangkan kemunculan muka yang panjang dan mengekalkan keseimbangan.
 
 
   
CONTOH STYLE
 
BENTUK MUKA BULAT / ROUND FACE SHAPE
Memilih gaya rambut untuk muka berbentuk bulat bergantung sepenuhnya kepada apa ciri-ciri / kawasan seseorang individu itu ingin tunjukkan atau menyembunyikan.

Muka berbentuk bulat tidak mempunyai sudut, oleh itu adalah penting untuk memilih gaya rambut yang dipotong setengah pendek dengan sisi yang pendek  atau potongan menegak dengan sedikit tinggi dan sisi juga pendek. Ia tidak perlu menjadi rambut spike. Ini dapat menyembunyikan muka anda yang bulat.

Cuba elakkan memotong dengan pinggir tajam kerana ianya hanya menyerlahkan bentuk bulat semulajadi bentuk muka anda. Yang pentingnya potong sisi rambut anda dengan potongan pendek untuk membantu menangani muka menjadi semakin bulat.
CONTOH STYLE
MUKA BERBENTUK BERLIAN / DIAMOND FACE SHAPE
Lelaki dengan bentuk muka berlian mempunyai pipi menonjol dan dahi agak sempit dan begitu juga dengan dagu.

Elakkan potongan terlalu tipis di tepi kerana ini akan membuat telinga seperti terkeluar. Juga anda mesti mengelak gaya rambut terlalu lurus. Biarkan ianya kelihatan lebih semula jadi dan berombak kerana akan melembutkan ciri-ciri wajah anda,

CONTOH STYLE



MUKA BENTUK HATI / HEART FACE SHAPE
muka berbentuk hati adalah hampir serupa dengan bentuk muka berlian, anda dicadangkan mengekalkan gaya rambut yang lebih panjang.

Gaya rambut pendek akan menyerlahkan bahagian atas muka. Satu cara terbaik untuk mengimbangi wajah berbentuk hati adalah dengan menyimpan janggut pendek. Ini akan membantu mengekalkan nisbah antara bahagian atas dan bawah muka.

Jika anda memutuskan untuk memotong dengan gaya yang lebih pendek, pastikan anda memotong rambut persegi bagi mengimbangi bentuk muka.
CONTOH STYLE

MUKA BERBENTUK HAMPIR TIGA SEGI / TRIANGULAR FACE SHAPE
Bertentangan dengan wajah berbentuk hati, lelaki dengan bentuk ini mempunyai rahang yang luas dan dahi sempit.

Malangnya, ia adalah amat sukar untuk memilih gaya rambut untuk bentuk wajah ini. Anda dicadangkan memotong dengan gaya rambut yang lebih panjang tetapi dengan banyak lapisan untuk menambah lebar kepala anda. Sedikit potongan pendek di sisi juga boleh membantu melembutkan bayang.

Jika anda menggayakan rambut anda panjang dengan bentuk muka ini, cuba untuk elakkan layyer terlalu banyak di seluruh muka kerana ini hanya akan menyerlahkan rahang itu.

CONTOH STYLE


PENUTUP
Kesimpulannya, pastikan anda benar-benar tahu bentuk muka anda dan pastikan gaya dan potongan rambut yang anda ingin hasilkan bersesuaian dengan bentuk muka anda.

Seperti biasa, nasihat yang terbaik yang boleh diberikan adalah minta profesional (stylist anda) gaya rambut apa yang mereka fikir akan sesuai dengan bentuk wajah tertentu anda, kerana kebanyakan mereka akan mempunyai pengetahuan yang hebat tentang potong yang anda perlukan untuk menyerlahkan ciri-ciri tertentu dan membantu anda kelihatan  terbaik.


sumber 

No comments:

Post a Comment